Saturday 2 November 2013

Air Oh Air.

Salam..hai..

Air juga meliputi hampir 70% daripada komposisi dalaman kita. Dan air juga lah yang banyak membantu dalam proses penghadaman yang mana membantu sebagai pengalir setiap nutrisi dan oksigen ke sel-sel badan. Bukan itu sahaja, keperluan air juga penting untuk kelembapan kulit dalam melindungi sendi-sendi tulang serta organ dalaman. 

Sebab tu la bila korang ambil supplemen, memang saya akan sarankan korang minum banyak air. Ini adalah untuk memudahkan segala nutrisi vitamin dapat diuraikan dan korangakan dapat kebaikan vitamin tu. 



Bagi korang yang nak turunkan berat badan, air merupakan aspek penting yang mana sangat membantu dalam proses detoksifikasi serta membantu meningkatkan metabolisma badan. Korang boleh cuba sendiri; rajin dan amalkan mengambil air kosong atau suam yang banyak setiap hari dan rasa perbezaannya sendiri. Untuk mendisplinkan diri, dapatkan sebuah botol berukuran 1 liter atau lebih, dan minum pada kuantiti yang sewajarnya dalam tempoh sehari. Nak minum air pun kena disiplin.Hehe. Bukan sebab apa..sebab kita tak biasa je. Once dah biasa, takde masalah dah. 

Tak susah pun nak disiplin minum air. Macam saya pagi-pagi akan isi air penuh dalam botol 1 liter. So, before lunch saya akan make sure saya habiskan air tu. Lepas lunch saya isi lagi 1 liter, dan habiskan sebelum balik. And then balik rumah malam..saya akan minum lagi 1 liter. Tapi kadang-kadang malam tido awal..so cuma dapat dalam 500 ml. Tapi actually saya dah minum 2.5 liter. Not bad.. Macam tu la saya hari-hari. 

Tapi kalau boleh pastikan lepas makan jangan minum terlalu banyak air okey. Takut perut kembung. Ni perut mak saya. Minum sikit je..lepas setengah jam baru la minum banyak sikit. Dan jangan makan bersulam air. Ni lagi penting.  

Mak saya tak pernah makan nasi bersulam air. Selalunya lepas makan baru die minum. Maybe sebab tu la kot mak saya kurus, slim walaupun dah bercucu. Hehe. Dulu saya pun kadang-kadang mengelat..minum air masa makan. Alasan..nak tercekik. Huh..alasan semua tu..syaiton.. Sekarang ni minum lepas makan, boleh je pun. Huhu. 



So,korang semua..start minum air dengan banyak yea. Especially kalau korang ambil supplemen.

KALAU BERMINAT DENGAN VITAMIN SEMULAJADI SHAKLEE DAN NAK RASA PERBEZAANNYA
EMAIL: littleprincess_diana@yahoo.com
ID: 932730


SAYA AKAN BERI ANDA HARGA YANG TERBAIK DAN GUIDE ANDA CARA PENGAMBILAN VITAMIN YANG BETUL.


SAYA HANYA AKAN GUIDE KEPADA YANG MEMBELI DENGAN SAYA SHJ YEA.

No comments:

Post a Comment