Friday 29 November 2013

Cara untuk kurus secara sihat.

Assalamualaikum..

Hai..



Nak share tips untuk kurus secara sihat.
Senang je.

Bakar.

Buang.

Bina

3Bs.

Bakar. Buang. Bina.

Ini la cara yang sihat. 

Kalau bakar je tapi tak buang. Nanti jadi toksin pulak dalam badan. Ish2..tak bagus tu. Lain pulak jadinya nanti. Mula la muka nak berjerawat, kulit kusam. Kalau bakar je tapi tak bina pun tak bagus jugak. Nanti badan nampak tak fit, gelebeh je. Padahal muda lagi.

So, ikut cara ni yea..

Bakar. Buang. Bina.

Bakar. Buang. Bina.





Jom email saya. Saya akan guide korang untuk kurus dengan cara yang sihat. Badan lebih kurus dan sihat. In shaa Allah..:)






Email
littleprincess_diana@yahoo.com

The other part is missing..for a while.

Assalamualaikum..

Hai..

My other part a.k.a husband is away for a while. Out station seminggu. Susahnya la menguruskan anak sorang-sorang. Pergi kerja sendiri. Walaupun ada mak yang datang teman.Tapi tak sama. Huuu..T_T

Bila la husband nak balik ni. 

Birthday Inas Dahlia pun belum celebrate lagi,

Aritu sambut pun dengan sepupu die, Ayah takde. Huuu..







P/s: Mummy sedih..huuu..

VIVIX Shaklee.

Assalamualaikum..

Hai..

Dah nak habis dah promo VIVIX Shaklee ni tapi saya baru nk buat entry on VIVIX.
Maaf la. Tapi dekat Fb pun ada jugak saya cerita secara ringkas tentang kebaikan VIVIX ni. 


Best ke Vivix ni?

Kalau tanye saya, mesti la saya jawab best. Hehe.

Kalau tanye bab fungsi Vivix, banyak fungsi dan kebaikan die.

Jom saya share manfaat kalau korang nak amalkan Vivix Shaklee ni.

1. Menggalakkan penuaan yang sihat.
Tapi bukan bermaksud Vivix ni untuk orang tua je tau, kite semua pun semakin hari semakin meningkat umur.Walaupun ada sesetengah yang nampak awet muda but still umur makin meningkat.Ada perubahan yang berlaku dalam badan kita. So, Vivix ni dia menggalakkan penuaan secara sihat.

2. Membantu mengelakkan kanser.
Zaman moden sekarang macam-macam yang kita makan. Tak macam zaman mak-mak kita dulu, semua organik. Tanam sendiri belakang rumah. Sekarang ni sesiapa sahaja ada risiko untuk kanser. Mintak dijauhkan la. Amin. Tapi kita boleh try untuk prevent dengan mengamalkan Vivix ni.

3.Mengurangkan risiko penyakit jantung.
Vivix memang bagus diambil sebagai langkah berjaga-jaga. Boleh la beli bagi satu untuk ayah kita. Semoga ayah kita sihat selalu.

4. Meningkatkan kesihatan athritis dan menyokong kesihatan sendi.
Masalah sendi ni selalunya dialami oleh golongan wanita. Lelaki kurang sikit. Mak saya sendiri pun ada masalah athritis. 

5. Menyokong kesihatan keseluruhan.
Last but not least, Vivix ni menyokong kesihatan keseluruhan badan kita. Supplemen diambil bukan bila dah ada penyakit sebab supplemen bukan bertujuan untuk merawat yea.Tapi untuk membantu, menyokong tahap kesihatan yang baik. That is why, supplemen patut diamalkan.



Hmm..panjang lebar explanation saya kan. Hehe. Apa yang saya tahu saya kongsi :)

So, if ada yang nak consume Vivix, boleh order dengan saya. 
Sampai 30 Nov, ada promo untuk Vivix.
Meh la order :)




Email
littleprincess_diana@yahoo.com


Thursday 28 November 2013

WAHM.

Assalamulaikum..
Hai..



WAHM

Tak tak tu ape?

Golongan ibu-ibu mesti tau. 

Work At Home Mom.

Best sangat!

Alangkah bestnya..heavennya..terujanya..kalau dapat jadi WAHM. Lega rasa, boleh fokus kt family dan anak.Bekerja dari rumah je..ish2...bestnya lahai...

Ini impian saya. Sekarang tengah berusaha kearah itu. Semoga dilimpahkan rezeki untuk menjadi WAHM. Amin...

Amin..

Amin..


Monday 25 November 2013

Testimonial.

Assalamualaikum..

Hai..

Nak kongsi testimonial customer saya.
:)
Happy betul bila dapat positive feedback dari customer.
Buatkan saya lagi semangat nak share pasal Shaklee ni dengan lagi ramai orang. Bukan je dengan adik-beradik, saudara mara, kawan-kawan terdekat tapi juga dengan kawan-kawan baru.

Actually saya ni memang buta IT. Blog ni pun abang saya yang buatkan. Kalau harapkan saya, memang tak berseri la blog ni. Hehe. Memang serius tak pandai. Bab nak share testimonial ni, dah lama nak buat. Tapi sebab tak reti macam mana nak print screen laptop, nak print screen handphone..nak edit nama customer..pending nak sharing testimonial. Entah la..tapi saya lebih suka nak rahsiakan nama customer saya. Biar la tu jadi privacy die kan.

So, hari ni godek-godek laptop..search macam mana cara nka edit, print screen sume... Akhirnya...boleh pun. Nak seribu daya :) Malas la asyik nak mintak abang saya je kan or mintak tolong ibu CPM honey. Kalau benda kita boleh usaha sendiri, cuba la usaha sendiri dulu kan. Alhamdullillah..boleh jugak. 

Saya share beberapa testimoni yang customer share yea :)


Yang ni repeat customer saya. 


Customer set breastfeeding.


Customer set slim yang happy.


Nanti saya update lagi testimoni customer yea.Tapi ESP memang paling banyak customer ambil sebab keberkesanan die. Sama jugak dengan set slim. Kalau set bajet pun dah nak kesan, apatah lagi full set die. Lagi kurus macam Fazura la..kalah yours truly.Hehe.

Okey la..kalau korang nk order, just email saya je. Saya akan beri harga yang terbaik. Kalau tak puas hati dengan harga tu, boleh bagitau saya. Tapi confirm la yang terbaik.
Hehe.



Email
littleprincess_diana@yahoo.com




P/s: nak buat watermark gambar pun reti. Hehe. Belum belajar,maaf lah..




Apa khasiat Alfafa?

Assalamulaikum..

Hai..

Lama tak buat sharing. Sibuk menguruskan anak yang tak berapa sihat kebelakangan ni. Family first..:) Tapi jangan risau kedai Shaklee saya, open 24 hours. Nak order bila-bila pun boleh. Cuma nak update blog je tak sempat. 



Alfafa Shaklee. Actually ramai yang consume Alfafa ni. Sebab apa? Pertama sekali Alfafa ni juga digelar "Raja Segala Tumbuhan". Kalau durian, raja buah.. Alfafa plak "Raja Segala Tumbuhan". Banyak khasiat dan kebaikan Alfafa. Kalau nak tahu Alfafa mengandungi enzim penting untuk penghadaman makanan. Dan juga boleh membantu mengurangkan toksin dan merendahkan kolestrol.

Alfafa Shaklee kaya dengan protein, asid amino, klorifil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fotokimia. So, apa kebaikan  Alfafa ni?

1. Diambil untuk membantu membantu mencuci darah, hati dan usus 

2. Melawan alahan

3. Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan juga sembelit.

4. Menyingkirkan lemak dan kolestrol

5. Melegakan keletihan

6. Membantu mencegah atritis

Selain daripada tu, secara mudahnya Alfafa ni adalah:

  • Untuk yang nak slim, memang alfafa adalah salah satu item untuk set slim. Ia membantu untuk mengempiskan perut yang buncit :)

  • Untuk ibu menyusu, alfafa bertindak sebagai milk booster yang membantu production susu badan yang lebih banyak.

  • Untuk para isteri yang mempunyai masalah keputihan, alfafa pun boleh membantu untuk mengurangkan keputihan dan seterusnya mencegah keputihan. 


Jom cuba Alfafa Shaklee :)
Dan sudah semestinya saya akan berikan harga yang terbaik dan juga guide cara pengambilan Alfafa yang betul.




Email
littleprincess_diana@yahoo.com




Yang diingini.

Assalamualaikum..
Hai..

Yang diingini diatas sebenarnya bukan untuk saya pun. Tapi lebih untuk anak. Dalam last entry saya, saya tengah confius nak bagi susu apa kat Inas Dahlia. Tapi sekarang nak decide. Harapnya sesuai dan boleh bagi kebaikan untuk Inas Dahlia membesar dengan sihat,bijak, pandai..semuanya la. Over kan mummy.. Tapi agaknya mummy mana la yang tak over untuk anak dia. Huhu.






So..saya dah decide, Enfagrow A+. Yayyy!! Setelah tanya sana-sini, godek-godek internet tengok pengalaman mommies yang lain. Akhirnya beli jugak Enfagrow A+ ni. Ada jugak orang cakap, tak kisah susu mahal ke tak, janji sesuai dengan anak. So, saya dah pernah try kat Inas dan Inas okey dan nampak suka..so, why not kan? Ada jugak yang cakap, bukan susu mahal yang boleh bagi anak pandai dan sebagainya tapi cara didikan tu yang memainkan peranan penting. Yes, i agree tapi kalau susu boleh bagi kelebihan jugak..kenapa kita taknak bagi kan? Kalau takde kelebihan susu mahal..takde la susu premium dan susu biasa. Mesti ada lebihnya. Susu mahal sangat? Yes, mahal..tapi duit boleh diusahakan dan dicari. In shaa Allah mesti ada rezeki anak. 

I'm happy for Inas Dahlia.


Wednesday 20 November 2013

Anak.

Assalamualaikum..hai...

Susah hati betul bila anak tak sihat. Last 2 weeks dah puas muntah and cirit-birit. Sejak tu, nampak macam asyik loya je Inas Dahlia. Tetiba je macam nak muntah. Semalam muntah lagi. Heran jugak..sebelum ni tak pernah macam ni.

Nak beralih bulan ke? Ada yang cakap camtu. Nak kena tukar susu ke? Sejak dari mula lahir saya memang dah campur susu.. BF and FM. Sebab masa awal tu Inas Dahlia tak cukup susu. Maklum la lahir besar 3.8kg..hehe.. Minum susu pun nak lebih je. So,terpaksa bg FM even die kecik lagi time tu. Bila dah beberapa minggu, fully BF. Tu pun amik supplemen untuk tambahkan susu badan. Masa umur die 7 bulan, saya tinggal die 3 minggu lebih sebab outstation. Sedih..T_T
Balik lagi sedih sebab die dah nak BF. Sedih giler kotttt.. Bila dah tak direct BF, lama-lama susu kering dah. So,lepas tu bagi die FM je..S26.

Sekarang ni memang konfius sangat tak tahu perlu tukar susu ke tak. Kalau tukar nak tukar susu ape. Memang susah hati sebab Inas biasanya sihat je. Kalau demam sikit-sikit tu biasa la. Ni macam asyik tak sihat je. Berapa minggu dah. 

Mummy risau. Cepat-cepat sihat okey Inas Dahlia. 





your smile is my happiness
:)



Monday 18 November 2013

Susu Ibu Yang Terbaik.

Assalamualaikum..hai..

Sudah semestinya susu ibu la yang terbaik. Banyak mana sekali pun susu formula kat pasaran, but mom's milk is the best. That is why ramai ibu menyusu yang memilih ESP Shaklee sebagai milk booster untuk membanyakkan lagi susu. Boleh buat stok..bertambah rezeki anak.

Pengalaman saya dengan ESP semasa menyusu, susu badan menjadi lebih pekat dan Inas Dahlia lebih cepat kenyang. Bila kenyang..lama la die dapat tido. Advantage..mummy boleh buat keje rumah dengan aman. 



ESP Shaklee is the BEST SELLER and always ON DEMAND oleh ibu-ibu menyusu.
Dan sangat berbaloi consume ESP ni sebab boleh tahan dalam 2-3 bulan.
Sehari minum 3 kali. Bancuh 1 scoop ESP.
Disamping ibu sihat, anak pun dapat khasiat susu badan yang cukup.
Berbaloi sangat. 

Sharing is caring.

Jom cuba ESP. 
Saya akan guide cara pengambilan ESP yang betul dan dah tentu akan bagi harga yang terbaik.
:)



Email
littleprincess_diana@yahoo.com

Friday 15 November 2013

Shaklee untuk semua.

Assalamualaikum..hai..

Kalau korang semua nak tahu, vitamin semulajadi Shaklee ni dibuat untuk semua golongan dan untuk cater and help all sorts of problems. So, kalau korang berminat nak consume Shaklee, korang boleh refer set-set Shaklee kat bawah okey. Ada banyak set yang mungkin boleh membantu menyelesaikan masalah korang. Atau korang juga boleh email saya untuk consultation vitamin apa yang sesuai :) 

Anti-aging
Vivix

Anti-oxidants
Carotomax
Vitamin C
Vitamin E
Vivix

Asthma, Sinus (resdung), Allergy, Hives, Ezcema
Alfafa, B complex, Vitamin C

Breastfeeding set
Vitalea
B complex
Vitamin C
Alfafa
ESP
Ostematrix
Omega Guard

Children's Health
Cheawable Vitalea
Cheawable Vita C
Omega Guard
Mealshake

Confinement set
Vitalea
B complex
Vita C
Zinc
Vita E
ESp
Omega Guard

Diabetes set
Fiber
GLA complex
B complex
Vita c

Gout set
Fiber
Omega Guard
Alfafa

Semua set ni adalah set yang lengkap tapi kalau korang nak yang set bajet pun boleh. Saya akan suggest set bajet untuk korang okeh.Just email saya je.

Saya bagi free consultation dan juga guide korang cara yang betul untuk consume Shaklee.
Dan yang paling penting,best price!



Email
littleprincess_diana@yahoo.com


Bonus di tengah bulan.

Assalamualaikum..hai..

Baru semalam cakap pasal debt free, hari ni bonus masuk pulak :) 
Alhamdulillah.. Rezeki lagi.
Bebas dari satu hutang pun rezeki, dapat bonus ditengah-tengah bulan lagi la rezeki.

Seronok pulak buat bisnes macam ni.
Takde pressure-pressure, usaha, sharing pasal produk, doa dan tawakal.
Rezeki ada dimana-mana. 


Email
littleprincess_diana@yahoo.com


Thursday 14 November 2013

Ke Arah Bebas Hutang.

Assalamualaikum..hai..

Pagi ni rasa lega dan lapang sebab dah settle satu hutang. Alhamdullillah.. Semoga kita semua sentiasa berusaha untuk bebas dari hutang piutang. 

Kita orang-orang biasa memang tak terlepas dari buat hutang. So, jom usaha no more loans dan cuba settlekan hutang yang ada satu persatu. 



Kena la berusha cari duit lebih. Cari side income..tak kisah la nak buat kerja apa. Buat yang anda minat. Untuk permulaan, mungkin untung sikit..lama-kelamaan..sape tahu. Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia. 

Get out from your comfort zone.
Berusaha.
Berdoa.
Tawakal.

In sha Allah.

Bye.

Email
littleprincess_diana@yahoo.com

Wednesday 13 November 2013

ESP Untuk Ibu Menyusu

Assalamualaikum..hai..

Apa nikmatnya jadi ibu, ummi, mama, mummy,mak?
Mesti la nikmat breastfeed baby. Kebanyakkan daripada ibu-ibu semuanya nak sangat menyusukan bayi sendiri kan. Sebab nikmat breastfeed ni sangat la best..dapat pahala lagi menyusu bayi. Tapi bagi yang maybe takde rezeki nak breastfeed tu, tak boleh nak buat macam mana la kan. Tapi yang penting kita usaha. 

Saya rasa semua orang tahu dan aware pasal ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee ni kan. Sebab ESP ni memang la tersangat famous dikalangan ibu-ibu yang hamil serta ibu yang menyusu. 
Sebab apa?
Mesti la sebab nak banyakkan susu. Bila susu banyak, boleh buat stok untuk anak.Best. Rasa puas sangat. Hehe. Lagipun mom's milk kan is the best :) 



So, bagi ibu-ibu yang hamil tu, elok la ambil ESP dari awal sebagai persediaan bila dah bersalin nanti. Tak macam saya, dah bersalin..sebab risau susu sikit..baru la nak sibuk-sibuk cari milk booster. Actually dah ramai ibu-ibu yang consume ESP ni bagi positive feedback. Sebab tu la famous sangat ESP ni. 

Sebelum saya consume ESP, everytime pump susu kalau dapat 4oz rasa seronok la kan. Rezeki anak.. Tapi bila ada kawan yang tegur cakap susu badan saya cair baru la perasan, 
"aah..cair la.. ingat biasa la macam ni.."
Patut la Inas Dahlia asyik lapar je. Rupanya susu badan saya ni cair. Tapi lepas consume ESP, memang perasan susu lebih pekat bila pump. Memang beza betul dengan masa sebelum ambil ESP tu.

Korang yang belum cuba boleh la cuba dan tengok perbezaan dia okey. Ini testimoni saya je. Sharing is caring.





Email
littleprincess_diana@yahoo.com

Monday 11 November 2013

Rutin Penjagaan Wajah Saya.

Salam..hai..

Today nak share my skincare routine la dengan korang. Mane la tahu, sesuai untuk saya..mungkin sesuai jugak untuk korang, kan? Macam saya pun selalu trials and errors..tu biasa dan lagi seronok sebab boleh try macam-macam skincare products. Hehe. Cuma yang tak bestnya adalah kalau ada effects tak best macam JERAWAT. Oh no..!! 

Tapi actually takdelah rase disaster sangat kalau jerawat sebijik.Hehe. Rileks je..pakai ubat/krim jerawat..2,3 hari hilang la. Tapi kalau 10 bijik memang stress la kan. Huhu. Tapi condition kulit kita ni kebanyakannya bila dah berumur usually hormon dah makin stabil..so kurang la jerawat berbanding dengan masa remaja. So, saya sangat-sangat la advise pada adik-adik yang masih remaja tu, jaga la kulit elok-elok yea..sebab kulit korang tu sensitive. Makan la supplemen, jaga dari dalam..lagi baik dan berkesan. Jaga dari luar je tak berapa berkesan la dik..sayang kulit muka tu kalau dah berbekas/berlubang sebab bekas jerawat. Nanti ambil masa nak baik, macam saya sendiri pun dulu berbekas-bekas pipi ni. Ambil masa nak hilang. 

Alamak..panjang pulak berceloteh..hehe. Okay la..straight to the point. Apa yang saya pakai yea..

Pencuci muka
Sabun beras (baru je try sabun beras,not bad)


Toner
Nutox Oxyfusion 
(kalau malas pakai cotton, spray je yang ni)

Avene 


Pelembap
Avene


Lotion
Neutrogena 
(Lotion ni bagi instant effect putih kat muka. Tapi bukan la putih tepung gomak. Pakai sikit je sebagai make up base)


BB cream
Maybelline
( Saya tak suka foundation sebab rasa berat, pakai BB je. Lama jugak dah pakai BB ni.)

Night Cream
Safi Rania Night Cream
Ni pun best jugak..saya suka. 
And malam usually saya ambil Vitamin E Shaklee.
Bangun esok pagi muka lembap elok je..best!


Ni pulak bab make up:

Compact Powder
Miyami (kalau nak extra coverage)
Maybelline Clear Smooth (untuk light makeup)

Eyeliner
Silky Girl Long Wearing

Lipstick
Maybelline Water Shine
Nutrimetics

Saya memang pakai campur macam-macam. Ikut suka je..huhu. Apa-apa pun ini cuma penjagaan luaran saya je. Dari segi dalaman saya mengambil vitamin semulajadi Shaklee. 
Pagi ambil B-complex, tengahari Vitamin C, malam Vita E. Between meal saya minum ESP.

Nak jaga kesihatan dan kecantikan memang kena rajin. Dan memang perlukan komitmen. Masing-masing pun ada cara masing-masing, tapi make sure korang ambil supplemen yang semulajadi macam vitamin Shaklee okey.

Jom sihat, jom cantik!





Sunday 10 November 2013

Anak sukar makan?

Salam..hai..

Ada tak antara ibu-ibu yang ada anak yang susah nak makan? Pilih-pilih makanan..suka makan junkfood, tak makan sayur dan macam-macam lagi la. Ada tak? Kalau ada, hari ni saya nak suggestkan satu set kanak-kanak Shaklee yang sesuai untuk anak-anak yang susah makan.

Set kanak-kanak Shaklee terdiri dari:
Mealshake (perisa vanilla)
Omega Guard


Mealshakes (perisa vanilla)

Meal ni actually bukan sahaja untuk kanak-kanak. Orang dewasa pun boleh ambil kalau nak, sedap..rasa vanilla.  
Apa kebaikan Mealshakes ni yea?
Mealshakes ini juga merupakan "easy-on-the-go-meal". Ianya adalah supplemen multivitamin yang mudah dan pantas disediakan untuk melengkapkan keperluan nutrisi untuk anak-anak yang sedang membesar. 
Mealshakes diambil untuk memperbaiki selera makan anak-anak yang picky eater, memperbaiki tahap kesihatan anak yang kerap demam, batuk, athsma, kurang berat badan. Kebanyakan ibubapa yang telah mencuba Mealshake pun cakap Mealshakes ni memang berkesan. 

Antara Kebaikan Meal Shake Shaklee

  • Membekalkan 19 dengan vitamin dan mineral perlu untuk tumbesaran yang normal
  • Menambah selera makan anak
  • Anak tak mudah kerap jatuh sakit
  • Membekalkan tenaga tambahan terutama bagi anak-anak yang berpuasa
  • Mengatasi masalah sembelit kanak-
  • Sebagai cara untuk menambah berat badan anak
  • Kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin dan protein untuk perkembangan tulang yang sihat
  • Meal Shake Shaklee sangat mudah diberi kepada anak-anak kerana boleh dibancuh dengan susu formula kerana rasa french  vanilla dan teksturnya seperti susu tepung 
  • Meal Shake rendah lemak dan glisemik jadi anak anda tidak akan jadi obesiti
  • Sesuai untuk anak-anak yang obesiti kerana beri rasa kenyang yang lama
  • Meal shake merupakan makanan untuk otak yang bijak juga kerana mengandungi kolina, kalsium dan protein.

Omega Guard pula adalah supplemen minyak ikan yang sememangnya baik untuk otak anak dan juga daya ingtan mereka. So, sape yang nak anak bijak pandai,elok la amalkan Omega Guard ni sejak anak kecil lagi.

Berminat?
Whatsapp/SMS
013-3359200

Email
littleprincess_diana@yahoo.com

Jika anda beli produk Shaklee daripada saya, saya akan guide korang cara pengambilan supplemen Shaklee yang betul. Dan semestinya saya akan bagi harga yang terbaik.


Saturday 9 November 2013

New template.

Salam..hai..

Wiwiwiwi.. 
Happy sebab ada new template :)
Lebih fresh dan interesting (at least for me la..huhu).
Baru la seronok nak menulis.
Lepas ni confirm hari-hari akan update blog. 

Thursday 7 November 2013

Set kecantikan kulit.

Salam..hai..

Today nk kongsi set kecantikan kulit Shaklee. 
Ni memang favorite ramai and favorite saya jugak. In fact, sy start mula ambil Shaklee start dengan set kecantikan ni la. Nak cantik la katakan..hehe.

Set kecantikan ni terdiri drp:
 ESP
Vita E Complex
Vita C
B complex

Saya ambil set ni sebab kulit kusam dan kering lepas bersalin. Biasa la lepas bersalin, hormon pun dah lain macam. Effect kat kulit, tu yang tak best. 

Tapi lepas saya ambil set ni alhamdulillah, condition kulit dah back to normal. And bonus nampak glowing, maybe sebab ESP kot. Hehe.
Dan seingat saya, effect dia dah boleh nampak tak sampai seminggu pun. Dalam 5-6 camtu la.
Wahh..memang happy la kan :)
Lega rasa kulit dah elok balik.Kalau tak susah hati je.



Email
littleprincess_diana@yahoo.com




Wednesday 6 November 2013

No more Toujours Collagen Dust.

Salam..hai..

Sekarang banyak betul collagen di pasaran sampai rambang mata dibuatnya. Hehe. Macam-macam ada. Ada yang famous, ada yang biasa-biasa je.Tapi kalau korang nak ambil collagen, buat la research sikit yea. Bukan ape..untuk make sure benda yang masuk dalam badan kite tu tak membahayakan. Jangan main telan je yea. Ada kelulusan KKM tu sangat la penting

Dulu saya consume Toujours collagen dust. Lama dah before kawin dulu. Lepas kawin, bunting pelamin..hehe.. terus stop sebab tak sesuai untuk pregnant women. Lepas dah bersalin, tercari-cari apa la collagen lain yang bagus. Sebab malas dah nak ambil collagen dust. Bukan sebab apa, sebab leceh la nak tabur2 dalam makanan, dalam pelembap muka..dalam air. Kalau dalam air kena make sure air yang berperisa pulak tu sebab rasa hanyir die kuat sikit. Memang memerlukan kesabaran la nak ambil collagen dust ni. 

So, lepas buat research mengenai 1001 collagen dalam pasaran, saya decide untuk ambil Shaklee Collagen Powder. Kenapa??

Sebabnya 

1. Ianya adalah colagen semulajadi yang mengandungi 4,00mg proprietari RSS (Red SnapperScale) collagen iaitu kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstak daripada sisik ikan merah.

2. Sisik ikan merah merupakan sumber premium kolagen dengan kadar serapan kolagen yang paling tinggi.

3. Kolagen Shaklee bermolekul sangat ringan iaitu kira-kira 1000 Dalton yang mudah diserap oleh badan dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan kulit dengan berkesan. Menjadikan kulit cantik, muda dan anjal. 

Apa pulak fungsi bahan dalam Shaklee Collagen Powder?


  • Kolagen ikan - memberikan kesan elastin, membuatkan kulit lebih anjal. (kulit nampak muda dan gebu..huhu)
  • Ekstrak kulit kerangan - mengandungi glukosamina sebagai pelincir sendi, menghidrat mata dan melegakan ketidakselesaan mata.
  • Lactobacillus acidophilus - meningkatkan penyerapan kolagen. (haa..ni best, baru la cepat nampak kesan die).
  • Ekstrak biji Camela Japonica - Membekalkan nutrisi dan penghidratan. (baru la kulit lembap elok je..tak minyak, tak kering).
  • Ekstrak Pfaffia - merawat rambut gugur (tak payah hari2 kena vacuum lantai sebab banyak rmabut gugur), ketidakseimbangan hormon dan meningkatkan tenaga batin (amboi..hehe).
  • Vitamin C - Menggalakan pengeluran kolagen dan menentang radikal bebas (lagi banyak kolagen, lagi nampk muda..best!).
  • Vitamin B2, B6 - Membekalkan tenaga yang penting dalam pengeluaran kolagen dalam sel tubuh (ulang sekali lagi..lagi banyak kolagen..lagi nampak muda remaja..best!)

Haa..puas hati tak dengan explanation saya. Korang nak collagen yang macam mana lagi..ini dah sah-sah terbaik. Tunggu apa lagi..jom cuba kolagen shaklee.

Jom cuba Shaklee Collagen Powder :)

Saya beri jaminan harga terbaik dari saya dan juga guideline cara pengambilan kolagen untuk memastikan kadar serapan yang tinggi.

Email
littleprincess_diana@yahoo.com 
ID: 932730



Sunday 3 November 2013

Fish oil untuk apa?

Salam..hai..

Saya rasa kita semua memang dah biasa dengar orang ambil vitamin b complex, EPO, vitamin E dan juga multivitamin. Tapi jarang-jarang kita dengar orang ambil Fish Oil kan? Saya pun sama. Tapi saya start ambil Fish Oil masa pregnant. Sebab kakak ipar yang juga seorang doktor suggest kepada saya untuk ambil Fish Oil.

Dan baru-baru saya terbaca dalam magazine EH!, Dato' Siti Nurhaliza pun mengamalkan Fish Oil. Huhu. So.. jom kita tengok sikit, apa kebaikan dan manfaat kalau mengamalkan Fish Oil. 





1) Mengurangkan kesakitan dan keradangan

Asid Lemak Omega 3 terutama EPA mempunyai efek positif dalam mengurangkan keradangan. Melalui mekanisme tertentu ianya dalat meregulasikan kitaran peradangan sehingga dapat mencegah dan mengurangkan kesakitan  seperti pada penyakit radang sendi, radang prostat dan radang-radang yang lain.

2) Mencegah serangan stroke dan serangan jantung


Apabila kolestrol berkumpul terlalu banyak di dinding salur darah sampai suatu masa ianya akan menyebabkan gumpalan kolestrol yang disebut Plak. Plak ini boleh terlepas dari dinding salur darah dan membentuk gumpalan darah yang dinamakan Klot. Klot inilah yang boleh bergerak kemana-mana saja sepanjang salur darah kita. Bila Klot ini tersumbat di salur darah otak kita panggil Stroke (Angin Ahmar) dan apabila Klot ini tersangkut di salur darah jantung ia mengakibatkan serangan jantung (Heart Attack). Kajian saintis telah membuktikan  Omega 3 dari minyak ikan dapat memecahkan gumpalan klot sebelum klot ini menyumbat mana-mana saluran darah dalam badan kita.


3) Memperbaiki Fungsi Otak dan meningkatkan kecerdasan


Wanita yang sedang hamil yang mengamalkan pengambilan minyak ikan akan membantu melahirkan anak-anak yang pintar dan cerdas melalui pembentukan saraf-saraf otak yang sempurna. Untuk orang dewasa pula minyak ikan dapat meningkatkan daya ingatan dan fokus.

4) Menurunkan kadar insiden Gangguan Kesihatan Kanak-kanak / Childhood Disorder 

Kajian telah menunjukkan kanak-kanak (termasuk orang dewasa ) dengan ADD (Attention Deficite Disorder)  dan ADHD (Attention Deficit Hrperactive Disorder) mengalami peningkatan kualiti hidup dengan mengamalkan supplemen minyak ikan.

5) Menjaga Kesihatan Kardiovaskular 

Omega 3 juga terbukti dapat membantu menjaga kesihatan kardiovaskular dengan cara menurunkan paras kolestrol dan menurunkan tekanan darah. 

Banyak manfaat mengambil Fish Oil ni sebenarnya. Mungkin vitamin/supplemen ni kurang popular berbanding supplemen-supplemen lain tapi sebenarnya Fish Oil ni sangat bagus. 



Omega Guard Shaklee adalah supplemen fish oil yang sangat bagus kerana minyak omega 3 yang terdapat dalam Omega Guard ni diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk. Dan minyak omega 3 nya juga adalah 3 kali lebih tumpat berbanding produk fish oil yang lain. 

Siapa yang perlu ambil Omega Guard ni?

1. Wanita yang hamil.
2. Warga emas
3. Orang yang mengalami masalah cepat lupa.
4. pelajar
5. Ibu menyusu
6. Pesakit darah tinggi


Jom amalkan Fish Oil. Tak perlu tunggu lama untuk jaga kesihatan. Prevention is better than cure, kan kawan-kawan :)

Boleh email saya
littleprincess_diana@yahoo.com

Saya beri jaminan untuk harga terbaik untuk korang. Dan juga akan guide korang cara makan vitamin yang betul.