Showing posts with label My Beauty Counter. Show all posts
Showing posts with label My Beauty Counter. Show all posts

Wednesday, 18 December 2013

Ke arah kulit lebih sihat. Part 2.

Assalamualaikum..

Hai..











Selagi ada anak kecik, memang tak dapat nak dapat mata tanpa eye bags.
Itu normal.


Bye.
:)

Ke arah kulit lebih sihat.

Assalamualaikum

Hai..


Tajuk entry hari ni macam feeling jelitawan sangat. Hehe. Xpelah..semua orang suka cantik kan.. Kalau tak, takde la.."macam cantik jew..macam comel jew.." Hehe. Gurau je. But that sentence macam famous je sekarang ni.


Semua orang nak kulit sihat. Bukan ape, senang keje kita bile ada kulit yang sihat ni. Tak payah bazir beli alat makeup macam-macam, tak payah tepek makeup tebal, jimat masa bersolek.. Lagi untung dapat kuar bare face. Bestnya..huhu

Dan nak dapatkan kulit yang sihat, tak cukup dengan penjagaan luaran sahaja. Mesti rawat dari dalam dulu. Sebab tu la kite perlu amik supplemen yang sesuai untuk merawat kulit kita dari dalam. Bila nak sihat, maintain dengan penjagaan luaran. 

Saya suka Shaklee sebab die memang dah ada set skincare yang bagus untuk merawat kulit. 





ESP
Mencerahkan kulit. Soya semua orang suka. Masa pregnant mesti nak minum, sebab nak bagi anak putih. Huhu. So, kalau korang nak cerahkan kulit, taknak kulit kusam minum la ESP. Saya nampak kesan ESP keatas kulit saya seawal 5 hari je. Memang terperanjat kot..hehe..tapi mesti la seronok.

Vita E Complex
Bagus untuk merawat parut-parut macam parut jerawat or ape-ape parut la. Tapi kalau dah makan vita E ni, bukan saja parut dimuka, satu badan pun boleh hilang parut. Bila dah takde parut, minum pulak ESP..memang lagi gebu la kulit.

Vita C
Soalan saya, kenapa agakye artis-artis suka cucuk vitamin C ribu-riban. Jawapan die mesti la sebab nak kulit gebu, putih dan cantik. Tapi kalau nak cucuk mahal, bukan boleh cucuk sekali dah putih melepak, gomak. Mesti banyak kali baru boleh nampak hasil die. So, telan je vita C sustained released ni. Effect die sama macam cucuk tau.

B complex
Antara artis yang mengamalkan B complex adalah Datin Norjuma. Sape tak kenal sape die, memang tak tahu la nak cakap ape. Cantik ke die tak cuba korang Google. Baru korang tahu effect mengamalkan B complex macam mana. Datin Norjuma adalah contoh terbaik sebab beliau mengamalkan B complex sejak kecil lagi.



Okey tak explanation saya?Kalau okey boleh la email saya eh. Nanti saya bagi free consultation cara nak ambil vitamin dengan betul.
Harga mesti la yang terbaik. Kalau tak puas hati boleh cuba compare dengan orang lain :)


littleprincess_diana@yahoo.com




Monday, 11 November 2013

Rutin Penjagaan Wajah Saya.

Salam..hai..

Today nak share my skincare routine la dengan korang. Mane la tahu, sesuai untuk saya..mungkin sesuai jugak untuk korang, kan? Macam saya pun selalu trials and errors..tu biasa dan lagi seronok sebab boleh try macam-macam skincare products. Hehe. Cuma yang tak bestnya adalah kalau ada effects tak best macam JERAWAT. Oh no..!! 

Tapi actually takdelah rase disaster sangat kalau jerawat sebijik.Hehe. Rileks je..pakai ubat/krim jerawat..2,3 hari hilang la. Tapi kalau 10 bijik memang stress la kan. Huhu. Tapi condition kulit kita ni kebanyakannya bila dah berumur usually hormon dah makin stabil..so kurang la jerawat berbanding dengan masa remaja. So, saya sangat-sangat la advise pada adik-adik yang masih remaja tu, jaga la kulit elok-elok yea..sebab kulit korang tu sensitive. Makan la supplemen, jaga dari dalam..lagi baik dan berkesan. Jaga dari luar je tak berapa berkesan la dik..sayang kulit muka tu kalau dah berbekas/berlubang sebab bekas jerawat. Nanti ambil masa nak baik, macam saya sendiri pun dulu berbekas-bekas pipi ni. Ambil masa nak hilang. 

Alamak..panjang pulak berceloteh..hehe. Okay la..straight to the point. Apa yang saya pakai yea..

Pencuci muka
Sabun beras (baru je try sabun beras,not bad)


Toner
Nutox Oxyfusion 
(kalau malas pakai cotton, spray je yang ni)

Avene 


Pelembap
Avene


Lotion
Neutrogena 
(Lotion ni bagi instant effect putih kat muka. Tapi bukan la putih tepung gomak. Pakai sikit je sebagai make up base)


BB cream
Maybelline
( Saya tak suka foundation sebab rasa berat, pakai BB je. Lama jugak dah pakai BB ni.)

Night Cream
Safi Rania Night Cream
Ni pun best jugak..saya suka. 
And malam usually saya ambil Vitamin E Shaklee.
Bangun esok pagi muka lembap elok je..best!


Ni pulak bab make up:

Compact Powder
Miyami (kalau nak extra coverage)
Maybelline Clear Smooth (untuk light makeup)

Eyeliner
Silky Girl Long Wearing

Lipstick
Maybelline Water Shine
Nutrimetics

Saya memang pakai campur macam-macam. Ikut suka je..huhu. Apa-apa pun ini cuma penjagaan luaran saya je. Dari segi dalaman saya mengambil vitamin semulajadi Shaklee. 
Pagi ambil B-complex, tengahari Vitamin C, malam Vita E. Between meal saya minum ESP.

Nak jaga kesihatan dan kecantikan memang kena rajin. Dan memang perlukan komitmen. Masing-masing pun ada cara masing-masing, tapi make sure korang ambil supplemen yang semulajadi macam vitamin Shaklee okey.

Jom sihat, jom cantik!





Thursday, 7 November 2013

Set kecantikan kulit.

Salam..hai..

Today nk kongsi set kecantikan kulit Shaklee. 
Ni memang favorite ramai and favorite saya jugak. In fact, sy start mula ambil Shaklee start dengan set kecantikan ni la. Nak cantik la katakan..hehe.

Set kecantikan ni terdiri drp:
 ESP
Vita E Complex
Vita C
B complex

Saya ambil set ni sebab kulit kusam dan kering lepas bersalin. Biasa la lepas bersalin, hormon pun dah lain macam. Effect kat kulit, tu yang tak best. 

Tapi lepas saya ambil set ni alhamdulillah, condition kulit dah back to normal. And bonus nampak glowing, maybe sebab ESP kot. Hehe.
Dan seingat saya, effect dia dah boleh nampak tak sampai seminggu pun. Dalam 5-6 camtu la.
Wahh..memang happy la kan :)
Lega rasa kulit dah elok balik.Kalau tak susah hati je.



Email
littleprincess_diana@yahoo.com




Wednesday, 6 November 2013

No more Toujours Collagen Dust.

Salam..hai..

Sekarang banyak betul collagen di pasaran sampai rambang mata dibuatnya. Hehe. Macam-macam ada. Ada yang famous, ada yang biasa-biasa je.Tapi kalau korang nak ambil collagen, buat la research sikit yea. Bukan ape..untuk make sure benda yang masuk dalam badan kite tu tak membahayakan. Jangan main telan je yea. Ada kelulusan KKM tu sangat la penting

Dulu saya consume Toujours collagen dust. Lama dah before kawin dulu. Lepas kawin, bunting pelamin..hehe.. terus stop sebab tak sesuai untuk pregnant women. Lepas dah bersalin, tercari-cari apa la collagen lain yang bagus. Sebab malas dah nak ambil collagen dust. Bukan sebab apa, sebab leceh la nak tabur2 dalam makanan, dalam pelembap muka..dalam air. Kalau dalam air kena make sure air yang berperisa pulak tu sebab rasa hanyir die kuat sikit. Memang memerlukan kesabaran la nak ambil collagen dust ni. 

So, lepas buat research mengenai 1001 collagen dalam pasaran, saya decide untuk ambil Shaklee Collagen Powder. Kenapa??

Sebabnya 

1. Ianya adalah colagen semulajadi yang mengandungi 4,00mg proprietari RSS (Red SnapperScale) collagen iaitu kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstak daripada sisik ikan merah.

2. Sisik ikan merah merupakan sumber premium kolagen dengan kadar serapan kolagen yang paling tinggi.

3. Kolagen Shaklee bermolekul sangat ringan iaitu kira-kira 1000 Dalton yang mudah diserap oleh badan dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan kulit dengan berkesan. Menjadikan kulit cantik, muda dan anjal. 

Apa pulak fungsi bahan dalam Shaklee Collagen Powder?


  • Kolagen ikan - memberikan kesan elastin, membuatkan kulit lebih anjal. (kulit nampak muda dan gebu..huhu)
  • Ekstrak kulit kerangan - mengandungi glukosamina sebagai pelincir sendi, menghidrat mata dan melegakan ketidakselesaan mata.
  • Lactobacillus acidophilus - meningkatkan penyerapan kolagen. (haa..ni best, baru la cepat nampak kesan die).
  • Ekstrak biji Camela Japonica - Membekalkan nutrisi dan penghidratan. (baru la kulit lembap elok je..tak minyak, tak kering).
  • Ekstrak Pfaffia - merawat rambut gugur (tak payah hari2 kena vacuum lantai sebab banyak rmabut gugur), ketidakseimbangan hormon dan meningkatkan tenaga batin (amboi..hehe).
  • Vitamin C - Menggalakan pengeluran kolagen dan menentang radikal bebas (lagi banyak kolagen, lagi nampk muda..best!).
  • Vitamin B2, B6 - Membekalkan tenaga yang penting dalam pengeluaran kolagen dalam sel tubuh (ulang sekali lagi..lagi banyak kolagen..lagi nampak muda remaja..best!)

Haa..puas hati tak dengan explanation saya. Korang nak collagen yang macam mana lagi..ini dah sah-sah terbaik. Tunggu apa lagi..jom cuba kolagen shaklee.

Jom cuba Shaklee Collagen Powder :)

Saya beri jaminan harga terbaik dari saya dan juga guideline cara pengambilan kolagen untuk memastikan kadar serapan yang tinggi.

Email
littleprincess_diana@yahoo.com 
ID: 932730



Sunday, 3 November 2013

Fish oil untuk apa?

Salam..hai..

Saya rasa kita semua memang dah biasa dengar orang ambil vitamin b complex, EPO, vitamin E dan juga multivitamin. Tapi jarang-jarang kita dengar orang ambil Fish Oil kan? Saya pun sama. Tapi saya start ambil Fish Oil masa pregnant. Sebab kakak ipar yang juga seorang doktor suggest kepada saya untuk ambil Fish Oil.

Dan baru-baru saya terbaca dalam magazine EH!, Dato' Siti Nurhaliza pun mengamalkan Fish Oil. Huhu. So.. jom kita tengok sikit, apa kebaikan dan manfaat kalau mengamalkan Fish Oil. 





1) Mengurangkan kesakitan dan keradangan

Asid Lemak Omega 3 terutama EPA mempunyai efek positif dalam mengurangkan keradangan. Melalui mekanisme tertentu ianya dalat meregulasikan kitaran peradangan sehingga dapat mencegah dan mengurangkan kesakitan  seperti pada penyakit radang sendi, radang prostat dan radang-radang yang lain.

2) Mencegah serangan stroke dan serangan jantung


Apabila kolestrol berkumpul terlalu banyak di dinding salur darah sampai suatu masa ianya akan menyebabkan gumpalan kolestrol yang disebut Plak. Plak ini boleh terlepas dari dinding salur darah dan membentuk gumpalan darah yang dinamakan Klot. Klot inilah yang boleh bergerak kemana-mana saja sepanjang salur darah kita. Bila Klot ini tersumbat di salur darah otak kita panggil Stroke (Angin Ahmar) dan apabila Klot ini tersangkut di salur darah jantung ia mengakibatkan serangan jantung (Heart Attack). Kajian saintis telah membuktikan  Omega 3 dari minyak ikan dapat memecahkan gumpalan klot sebelum klot ini menyumbat mana-mana saluran darah dalam badan kita.


3) Memperbaiki Fungsi Otak dan meningkatkan kecerdasan


Wanita yang sedang hamil yang mengamalkan pengambilan minyak ikan akan membantu melahirkan anak-anak yang pintar dan cerdas melalui pembentukan saraf-saraf otak yang sempurna. Untuk orang dewasa pula minyak ikan dapat meningkatkan daya ingatan dan fokus.

4) Menurunkan kadar insiden Gangguan Kesihatan Kanak-kanak / Childhood Disorder 

Kajian telah menunjukkan kanak-kanak (termasuk orang dewasa ) dengan ADD (Attention Deficite Disorder)  dan ADHD (Attention Deficit Hrperactive Disorder) mengalami peningkatan kualiti hidup dengan mengamalkan supplemen minyak ikan.

5) Menjaga Kesihatan Kardiovaskular 

Omega 3 juga terbukti dapat membantu menjaga kesihatan kardiovaskular dengan cara menurunkan paras kolestrol dan menurunkan tekanan darah. 

Banyak manfaat mengambil Fish Oil ni sebenarnya. Mungkin vitamin/supplemen ni kurang popular berbanding supplemen-supplemen lain tapi sebenarnya Fish Oil ni sangat bagus. 



Omega Guard Shaklee adalah supplemen fish oil yang sangat bagus kerana minyak omega 3 yang terdapat dalam Omega Guard ni diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk. Dan minyak omega 3 nya juga adalah 3 kali lebih tumpat berbanding produk fish oil yang lain. 

Siapa yang perlu ambil Omega Guard ni?

1. Wanita yang hamil.
2. Warga emas
3. Orang yang mengalami masalah cepat lupa.
4. pelajar
5. Ibu menyusu
6. Pesakit darah tinggi


Jom amalkan Fish Oil. Tak perlu tunggu lama untuk jaga kesihatan. Prevention is better than cure, kan kawan-kawan :)

Boleh email saya
littleprincess_diana@yahoo.com

Saya beri jaminan untuk harga terbaik untuk korang. Dan juga akan guide korang cara makan vitamin yang betul.






Friday, 1 November 2013

Tips Kecantikan Wanita

Orang perempuan memang sangat suka bab tips-tips kecantikan kan. Saya sendiri pun suka. Kalau takde keje mesti nk google-google cari tips kecantikan. Hehe. 

Bila anak dah mula berjalan, terus terlintas dalam kepala..

"mummy dah makin tua.."
T_T

Hari ni nak share tips la yang boleh kita amalkan untuk kekal muda. Awet muda..hehe.

1. Pilih pembersih muka dengan kesan yang lembut dan melembap.

Hmm..kenapa eh? Ini sebabnya kulit yang mengalami penuaan tidak memerlukan produk yang biasa digunakan oleh para remaja. Biasanya bila usia kita semakin meningkat, makin kurang lebihan minyak. Tak macam remaja, saya dulu pun masa zaman sekolah..muka punya la berminyak tahap jerawat naik tak henti-henti. 


So, kalau pembersih muka anda terlampau agresif, ia akan menghakis minyak semulajadi kulit anda, dalam masa yang sama ia akan mengering dan menyebabkan penuaan lebih cepat. Oh noooo..! Kulit muka yang kering lebih cepat berkedut ye kawan-kawan.


Oleh itu, pilih la pembersih muka yang mempunyai fungsi melembapkan dan melembutkan kulit okeh. Dan cuci muka dengan betul sebab ia akan membantu menyinkirkan kesan bahan kimia dari make up dan jugak persekitaran, yang jika dibiarkan akan menyebabkan penuaan. 


Saya suka Cetaphil Gentle Cleanser. 


2. Melembap selepas membersih.


Agak-agaknya berapa diantara kita yang rajin pakai pelembap lepas basuh muka? Tambah-tambah bila dah ada anak..semua nak cepat je. Last-last pelembap tu 2,3 bulan tak habis-habis. Hehe. 


Tahu tak salah satu punca penuaan segera dan pramatang adalah kekurangan pelembap dalam rutin penjagaan wajah. Peningkatan pelembap sangat penting agar kesihatan kulit kita terjaga. Kalau nak tahu pelembap mempunyai tiga fungsi iaitu :


-memberi perlindungan

-memberi kelembapan
-sebagai asas solekan.


Cara nak pakai pelembap pun senang je, sapu sehingga krim meresap dan kulit tak rasa melekit. Siap..! Huhu. Bukannnya lama pun..sekejap je. So, lepas ni make sure tak tinggal pelempab. Macam saya tambah lagi dengan Vitamin E. Luaran sapu krim pelembap, dalaman ambil Vitamin E.

Saya suka Day and Night Cream Safi Rania + Shaklee Vita E.


3. Pilih pelembap yang sesuai.


Bila pilih pelembap pilih la yang sesuai dengan kuit okey. Kena la invest sikit untuk pelembap yang elok. Kalau dapat konsultasi dari  pakar lagi bagus. Jangan silap pilih pelembap yea. Nak selamat ambil supplemens, senang. Malam ni ambil sebiji, esok apgi bangun, muka lembap elok je..huhu..






So, mommies and ladies.. lets moisturize our skin and get a healthy skin. Huhu. Nak cantik kena rajin dan konsisten.



Saturday, 19 October 2013

ESP - Energy Soy Protein Shaklee

Hai semua.. :)

Hari ni nak cerita pasal ESP Shaklee. Saya memang suka sangat ESP Shaklee ni. Kenapa?? Sebab ESP ni memang banyak kebaikannya. Asalnya saya ambil ESP untuk memperbaiki tekstur kulit yang kasar dan kering dan kusam lepas bersalin. Tapi bestnya jugak..bila ambil ESP, secara tak langsung, ia membantu saya untuk diet jugak. Huhu.

Sebabnya ESP ni bagi saya cepat kenyang. So, takde la asyik nak makan je kan. Banyak lagi kebaikan ESP ni sebenarnya. Sebab tu la ESP ni adalah antara HOT SELLING produk daripada Shaklee. Ramai yang suka ESP ni, tambah-tambah lagi ibu menyusu. 



Jom tengok apa kebaikan ESP. 

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. 

Berminat??
EMAIL:
littleprincess_diana@yahoo.com

DAPATKAN HARGA TERBAIK DAN JUGA JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN YANG BETUL DARI SAYA.





Wednesday, 2 October 2013

Set Skincare Shaklee



Set skincare shaklee.

Untuk kecantikan kulit anda.
Kulit lebih glowing.
Lembap.
Kurangkan masalah kulit.
Pori-pori mengecil (testimoni diri sendiri)
Kulit lebih cerah (testimoni diri sendiri jugak)
Tak perlu bermakep tebal bila kulit cantik.
Jimat masa.
Bonus badan pun lebih sihat :)


Berminat?
Sila email
littleprincess_diana@yahoo.com




Monday, 23 September 2013

Nak kurus? Jom cuba tips ni.

Ramai orang yang nak kurus. Termasuk la yours truly ni. Biasa la, bila dhlepas bersalin ni, banyak kawasan yang mengembang. Hehe. Azam saya nak dapatkan balik pre-pregnancy weight. So, far tggal 1 kg lagi nak kena reduce. Setakat ni dah reduce 2 kg dah. Kadang-kadang macam Yoyo jugak berat ni. Kejap turun cepat, kadang lama dan benor nak turun. Sabor je..T_T

Kat sini saya nak share beberapa tips untuk turunkan berat badan. 


  1.  Makan 5 - 7 hidangan yang kecil berbanding 3 hidangan besar. Pagi saya breakfast kuih 2 biji and segelas ESP Shaklee. Pukul 10 makan 2 biji kuih lg.  Hehe. Lunch makan nasi tapi kuantiti kecil je. Pukul 3 lebih makan biskut 2, 3 keping.
  2.  Jangan skip hidangan. Nanti metabolisme badan anda turun. Itu tak membantu anda untuk  kurus.
  3. Minum air mineral/putih byk-byk yea. Air putih tak de kalori. Yayy!
  4. Kawal nafsu makan. Setiap kali rasa nak makan byk, psycho diri sendiri supaya takut akan lemak berlebihan. Hehe.
  5. Ambil supplemen protein sebagai snek anda. ESP Shaklee is the best!
  6. Ambil suplemen multivitamin yang baik. Contohnya vitamin Shaklee. Kekurangan nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda meningkat. So, ambil vitamin untuk cukupkan kekurangan nutrisi dan seterusnya membantu anda untuk mengawal nafsu makan. Senang kan? Makan vitamin je terus berubah jadi sopan santun masa makan dan bukannya harimau lapar lg :)

Cukup sharing untuk hari ni. Nanti saya kongsi lagi yea. Yang penting jom sihat dengan Shaklee.
Saya ada harga menarik vitamin Shaklee untuk anda!

Email: littleprincess_diana@yahoo.com

Thursday, 19 September 2013

Cantik

Sebut pasal cantik, semua org nak kelihatan cantik. Kulit cantik, badan cantik. Bonus perangai elok..lagi cantik la jadinye :) Cantik pada sesetengah orang sangat subjektif. Makna cantik tu terpulang kepada orang yang melihat.

Semua orang cantik sebenarnye. Cuma masalahnye adakah kita memelihara kecantikan itu dengan baik? Keadaan kulit boleh berubah seiring dengan perubahan usia. Hormonal changes. Lepas berkahwin dan bersalin pun akan ada perubahan pada kulit dan juga tubuh badan. Itu la yang saya sendiri lalui. Dan saya rasa ramai juga wanita lain yang telah berkahwin dan bersalin melalui perubahan ni.

Bila dah macam ni, saya rasa penjagaan luaran tidak lagi mencukupi. Sampai bila nak tepek foundation tebal, concealer, bedak berlapis-lapis. Tambahan bila ada anak kecik, masa nak menepek pun tak cukup. Hehe. Nak makeup pun tak sempat. Ala kadar je.

Seronoknya tengok kulit orang cantik, licin, sihat. Tak make up tebal pun still nampak cantik. Yang penting kulit sihat dan tak kusam. Bagi saya biar tak putih melepak, gomak..asalkan kulit glowing dan sihat. Itu dah memadai. Bonus, jimat masa make up..boleh bagi perhatian yang lebih kepada anak. 




Walaupun sekarang takde la muda anak dara, dah jadi mak dara pun. Hehe. Kesihatan dan kecantikan still kena jaga and kena extra jaga kot. Before masuk 30an, better jaga dari awal,kan? Macam saya memang dulu pun dah ambil supplemen cuma tak konsisten. Makan vitamin main-main je. Tapi bila dah makan vitamin Shaklee, tak sampai seminggu boleh nampak perbezaan dari segi condition kulit serta tenaga. Rasa seronok sangat. Lega kulit dah back to normal and ada tenaga untuk menguruskan anak. Takde la lesu sepanjang masa. 




Saya harap saya akan konsisten makan vitamin Shaklee dan kekalkan tahap kesihatan serta kecantikan. Walaupun tidak la cantik sangat pun. Hehe. Walaupun sihat serta sakit tu datangnye dari Allah swt tapi kita perlu juga ambil initiative untuk memelihara kesihatan serta kecantikan kulit yang diberi kepada kita. 

Set skincare Shaklee 


Berminat dengan set skincare? 
Dapatkan harga terbaik dari saya.
Email saya: littleprincess_diana@yahoo.com
ID: 932730
Saya akan guide anda cara pengambilan vitamin dengan betul.




Shaklee - GLA Complex a.k.a EPO

Hari ni saya nak kongsi pasal GLA Complex Shaklee. Best vitamin ni terutama sekali untuk kaum wanita yang serius ingin menjaga kecantikan dan kesihatan badan. 







GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 

Selalunya ia digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. 

Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin texture, skin repair dan boleh membuatkan kulit anda lebih glowing.

Apa kebaikan GLA Complex ni:

  • Melegakan PMS
  • Meningkatkan kesuburan
  • Bonus menjadikan kulit lebih sihat dan berseri
  • Membantu menangani ekzema
  • Menguatkan rambut serta kuku
  • Membantu dalam menangani menopause
  • Membakar lemak
Vitamin atau supplemen memang banyak jenis. So, first kita kena analyze diri kita dulu vitamin apa yang kita perlu ambil. Tapi kita sendiri mesti la ada disiplin untuk ambil supplemen secara konsisten. Baru la boleh nampak kesannya. Kalau ambil tapi selalu skip mungkin kesan die lambat atau pun tak nampak sangat kesannya. That is why ambil supplemen pun kena istiqomah :)

EMAIL TO ORDER: littleprincess_diana@yahoo.com
ID Shaklee: 932730

Saya akan bantu untuk guide anda jadual ambil vitamin yang betul untuk memastikan kadar penyerapan yang optimum.





Friday, 13 September 2013

Shaklee and me.

Saya adalah pengedar SAH vitamin semulajadi Shaklee.
ID: 932730

Anda boleh hubungi saya,
Call/SMS/Whatapps: 013-3359200

atau 

Email: littleprincess_diana@yahoo.com

Untuk maklumat lanjut serta sebarang pertanyaan 

dan juga 

untuk dapatkan harga yang terbaik dari saya.

:)

















Thursday, 12 September 2013

Drink..A lot!



Untuk hari ni, ni kali ketiga refill air. Not bad la..

Kena minum banyak air sebab saya makan vitamin Shaklee. Pagi ambil B-complex untuk tenaga dan juga cantik, of course. Hehe. 

Memang kekerapan ke tandas akan bertambah bila minum air banyak camni. But it's okey..lega sebab rasa macam detoks segala apa yang tak elok ada dalam badan ni. 

Minum air putih banyak manfaat kot. Cuma kita kadang-kadang ambil mudah benda simple macam ni. Badan kita kehilangan banyak air tanpa kita sedari. Contohnya, masa kita bernafas, even duduk dalam aircond pun kita still boleh kehilangan air dalam badan. Sebab tu la penting untuk minum air kosong dengan banyak. Biar pegi toilet banyak kali pun takpe.

Kalau nak kurus pun, salah satu tips adalah minum air kosong. Nak kulit lembap dan sihat pun minum air banyak-banyak. dapatlah kulit yang sihat dan glowing. Senang kan. Murah dan mudah pulak tu. Huhu..

So, jom minum air banyak-banyak. Kalau tak dapat 2,3 liter hari ni, dapat 1 liter dulupun okey dah. Nak minum air pun kena training gak. Hehe. 

Thursday, 29 August 2013

NAK KURUS. TIPS 1


Senang saja rupanya.

Elakkan breakfast nasi lemak, mee goreng, bihun goreng dan yang sewaktu dengannya.

Makan la kuih 2, 3 biji. Enough.

Kalau lapar minum air banyak-banyak. 

p/s: cuba try selama seminggu, by the end of the week mesti rasa perut kempis sikit. Huhu.


Thursday, 1 August 2013

Shaklee..a review.

This is my honest opinion  about Shaklee vitamins. Saya tak jual Shaklee..cuma nak share experience saya consume Shaklee. Before this memang dah lama dengar pasal vitamin Shaklee ni, cuma ingat it is just a vitamins, you get a lot of it at the pharmacy. So why bother nak beli Shaklee, kan? 

Masa pregnant, dengar Shaklee ada vitamins untuk tambahkan susu ibu. At that time, macam berminat. Tapi tak beli pun sebab consistency saya makan vitamin sangatlah tak bagus. Meaning that, tak konsisten. Hehe. So, tak beli. Lepas bersalin, desperately nak tambah susu sebab risau anak tak kenyang. Tapi masa tu don't know why terlupa akan Shaklee ni. At that time i consume The Milk Story and not bad. Memang susu banyak..alhamdulillah.. and i also drink Horlicks. 

Tapi lepas dah masuk keje, perasan kulit muka jadi kasar sangat. Make up pun tak cantik, bercapuk. Make up tak blend dengan kulit macam sebelum ni.Tempek la guna teknik apa pun, end up nampak kulit kasar dan tak cantik. T_T. Cries. Tak puas hati. Geram kat kulit. 

And luckily i i found Shaklee on Cpm Honey Nurhaliza's blog. So, kalau dah tengok skin die memang terpengaruh la kan nak beli. Sapa tak nak kulit cantik camtu. Kalau orang lain tak nak pun, i don't care..i want. Hehe. So, order beauty set which contains ESP, Vitamin E & B complex. So, i consistently makan and ikut guide yang Cpm Honey bagi. Dan yang penting sekali minum air mesti banyak okey.

After a week, saya memang sangat terkejut sebab it works. Really works.
1. Kulit dah tak kasar.
2. Make up melekat elok.
3. Kulit tak berminyak dan lembap je. 


Kualiti gambar tak cantik, pakai hp je..hehe

What else did you want?? It more than enough. Hehe. Bile kulit elok, pakai la make up ape pun semua okey..Insha Allah. :). Apa pun, saya rasa saya suka vitamin Shaklee ni. Will purchase vitamin c pulak lepas ni and maybe Lecithin..nak kurus. Huhu. Pasal consistency makan vitamin, once dah hari-hari makan, nanti mesti dah biasa. No worries :)


Wednesday, 31 July 2013

D'herbs Collagen Lipstick

Yesterday i bought D'herbs Collagen liptick. Lepas belek-belek lipstick Maybelline and Revlon kat Watsons, tak jumpa colour yang berkenan. Yang berkenan dah habis pulak. So, i end up beli D'herbs Collagen lipstick ni a.k.a magic lipstick.

Sebelum ni tak pernah terpikir pun nak beli magic lipstick sebab it is call magic lipstick sebab kaler dia akan ikut darah kita. So, i thought the colour would not turn out nicely. Yelah, sebab kaler die ikut darah. But then, semalam terpikir macam nak cuba la. Takde la mahal sangat pun, only RM25.00. Affordable.



And today i use my magic lipstick to the office and guess what, i love it! The colour turns out nicely. Tak terang sangat or pale sangat. So, perfect for office and everyday use! 

Tadaa..!
The colour is just nice..macam natural je. 
Saya suka. :)

Nanti nak share whitening lotion ( for face) yang saya suka juga. This is my third bottle already. Huhu.