Showing posts with label Marriage. Show all posts
Showing posts with label Marriage. Show all posts

Thursday, 26 December 2013

Lama menyepi.

Assalamualaikum..

Hai..


Maaf la lama menyepi. Tak sihat actually. Jangkit dari anak kot. Anak dah sihat, mak pun batuk macam nak keluar anak tekak. Sabo je la.. Pegi jumpa doktor nak ambil ubat, doktor cakap asthma. Hah! Asthma??! Tak pernah kena asthma dari kecik sampai la dah jadi mak orang ni boleh pulak kena asthma. Kena nebulizer macam Inas Dahlia. Hehe. Baru la rase lega sikit. But still batuk lagi.

Dah 2,3 minggu jugak tak sihat sebenarnya.Dapur pun lama tak berasap. Sian la husband kena tapau kat luar. Baru 2,3 hari lepas rasa sihat sihat dan rase nak memasak.Sempat buat nasi ayam, cilok resepi dari Keknis@Hanis Zalikha. Sedapp!!

Beberapa malam lepas, untuk dinner masak telur hancur kicap and sambal ikan bilis je. Tapi husband and anak makan macam tak cukup. Sedap katanya walaupun simple. Hehe. Kembang sekejap. Sian la husband dah lama kita tak masak untuk die. 

Harap-harap cepat la sihat. Nextweek akan habiskan cuti tahunan. Oohh..bestnya dapat rest dirumah. Tak mau la batuk and tak sihat sume. Dah nama pun cuti..of course la nak berjalan kan. Huhu..


Wednesday, 18 December 2013

Di larang menjerit.

Assalamualaikum..

Hai..

Di larang menjerit....di rumah, especially depan anak.
Saya rasa ini adalah satu satu perkara penting bila anak tengah membesar. Jangan jerit pada anak. So, ini adalah rules dirumah saya. Tak boleh jerit pada Inas Dahlia walau macam mana nakal, buas or aktif nya Inas Dahlia. 

Menjerit pada anak..apa ntah lagi menjerit dengan nada marah ada banyak kesan pada anak. Especially kesan psikologi. Anak yang setahun lebih walaupun nampak kecil tapi hakikatnya, die dah boleh faham apa yang berlaku disekeliling die. Kite sedih, marah atau tak happy..anak boleh faham perasaan kite. 

That is why, kalau kite marah sampai menjerit pada anak kite, it is not good for their psychological growth. Memang tak dinafikan bukan senang nak membesarkan anak. Dan kadang kala ianya sangat mencabar kesabaran, but just take a deep, full breath and sabar. In sha Allah, takde la kejadian nak menenking anak kecil. Even nanti anak dah besar pun, takde la kite terbiasa asyik nak menenking.

Kenapa tak boleh jerit pada anak? Ini adalah pada anak kecil jeritan daripada orang yang paling rapat dengannya adalah sesuatu yang menakutkan. Sebab bile kite jerit pada anak kite, anak kite akan rase keliru sebenarnya kita sayang ke tak kat die. Bile agaknye kite takkan jerit or bile agaknye yang kite akan jerit kat die. So, she will start to feel confuse.

Antara kesan lain adalah anak akan mudah berasa rendah diri atau tiada keyakinan diri. Mesti kite semua taknak anak kite jadi camni kan. Nanti end up anak kite akan jadi dependent dan pendiam. Anak-anak ni tengah nak membesar, so let them be. Sambil-sambil biar dorang expore, kite monitor la ape yang tak patut tu kan. Tapi nak mengajar anak bukan dengan cara menjerit pada anak. That is the wrong way. Ada banyak lagi cara nak mengajar anak. Bab ni kena banyak membaca dan mencari jenis pendekatan apa yang sesuai dengan kite dan anak kite.

Satu benda yang selalu saya ingatkan diri sendiri adalah kalau kite tak suka dilayan sebegitu rupa, jangan layan anak kite macam tu. Because they are good imitator. Behave yourselves. Kalau nak dorang bercakap baik dengan kite, kite cakap baik-baik dengan die. It is a simple principle.

Yes, membesarkan anak memang perlukan kesabaran yang tinggi. Semoga kite semua dikurniakan kesabaran tu yea. 

Aminn..


Thursday, 28 November 2013

WAHM.

Assalamulaikum..
Hai..



WAHM

Tak tak tu ape?

Golongan ibu-ibu mesti tau. 

Work At Home Mom.

Best sangat!

Alangkah bestnya..heavennya..terujanya..kalau dapat jadi WAHM. Lega rasa, boleh fokus kt family dan anak.Bekerja dari rumah je..ish2...bestnya lahai...

Ini impian saya. Sekarang tengah berusaha kearah itu. Semoga dilimpahkan rezeki untuk menjadi WAHM. Amin...

Amin..

Amin..


Monday, 30 September 2013

Pelengkap hidup.

Insiden pagi tadi semasa baru sampai di ofis.
Husband just park the car dan saya tiba-tiba teringat...

"Alamak..laptop saya.."
Dalam hati..habislah. I need my laptop, semua ada dalam tu. Kenapa dah sampai ofis baru teringat??
Ni kalau ajak husband balik rumah ambil laptop, mesti kena marah. Dah cuak.

Tapi husband dengan muka selamba..
"Saya dah ambilkan dah tadi.."

Lega.. Hehe.

Thanks to my pelengkap hidup. 
Sabor je la..dapat bini pelupa T_T.

Friday, 20 September 2013

Shaklee : Set Kesuburan



Ini adalah set kesuburan Shaklee untuk suami dan juga isteri. Set ni terdiri daripada GLA Complex dan ESP untuk si isteri dan Vita-E dan Zinc Complex untuk suami. 

Saya dan suami sangat bertuah dan bersyukur sangat2 sebab dikurniakan akan cepat. Bunting pelamin. Rezeki :) Walaupun tak sempat nak menikmati masa berdua, apatah lagi setahun berkahwin, kami duduk berasingan. Bila dah dapat duduk bersama, bukan berdua je tapi dah bertiga. Sambut first anniversary pun bertiga. Hehe. Alhamdulilah rezeki..

Ada juga yang bertanya saya makan apa atau ada apa-apa petua. Terpinga-pinga la saya. Hehe. Tapi apa yang boleh cakap..petua memang takde tapi kalau bab makan sebelum kahwin lagi saya memang ambil supplemen. Infact kakak ipar yang juga seorang doktor menasihatkan saya untuk ambil vitamin asid folic. Walaupun masa tu baru nak berkahwin sebenarnya. So, saya memang ikut nasihat dia. Alhamdulillah Tuhan bg rezeki cepat. 

GLA Complex Shaklee yg sgt membantu bg yg merancang utk hamil.


Bagi yg belum mendapat cahaya mata mungkin ini adalah salah satu cara utk anda ikhtiyar. Ikhtiyar boleh dibuat dlalam pelbagai cara. Mana tahu dengan mengambil tentang kesihatan badan dari dalam akan memberi peluang yg lebih cerah untuk anda mendapat cahaya mata. 

Dapatkan set kesuburan anda dengan harga istimewa dari saya. Dan saya akan guide anda cara pengambilan vitamin yang betul. 

See you soon :) 
littleprincess_diana@yahoo.com

Saturday, 3 August 2013

Nervous.

I'm not a good cook. All of this while i just cook simple dishes for husband. And thank God he is not fussy. He eat whatever i cook and even puji my cooking. Hehe.

Today, we invite his family to come over and break fast together. Even though i'm not good at cooking but i still wanted to cook for them. Selama ni kalau pegi rumah MIL, she was the one who cook, saya hanya tolong sikit-sikit je. Lagi pun she is a good cook. Masak apa pun sedap. Paling terbaik, Puding Raja. Hehe.

So, disebabkan hari ni jemput family mertua datang berbuka dirumah, i wanted to cook something for them. Anyway, semalam saya awal-awal dah praktis dulu. Haha. Takut tak menjadi. So, what did i cook today??


Nasi oren

Daging masak hitam. 

Sorry, no pictures guys.

Luckily masakan saya menjadi. Not bad la. Results dia, nasi kurang minyak sapi, so saya rasa semalam punya lagi sedap. Masa nak menumis lupa keluarkan minyak sapi awal-awal. So, keras la die, dapat letak sikit je. Daging masak hitam pulak lagi sedap dari semalam kotsebab semalam pedas betul. So, hari ni kurangkan cili kering. After all, i am satisfied with my cooking :). Walaupun bukanlah masakan tersedap di dunia but at least i managed to cook something good. Hehe. Macam masuk bakul, angkat sendiri je. Huhu. Takde la..at least,at least...i managed to cook something. Not bad la kan.
Happy cooking you all!



Wednesday, 1 May 2013

Chef Ubi.


Masa tengah sibuk memasak, husband tiba-tiba datang menjenguk..tengok apa saya masak.

" Awak chef ubi.."

Hahh??

Haha. Husband sangat memilih bab sayur. Jenis tak makan sayur sangat. Kalau saya masak sayur, memang selalunya tersangat la ciput..sorang makan. Disebabkan die suka ubi kentang, dalam fridge memang selalu ada ubi kentang dan boleh kata dalam sume masakan saya letak kentang. Tapi dah dapat jolokan chef ubi pulak dari husband..hehe. 

Happy Labour Day..!!

Saturday, 20 April 2013

Sabtu

Sabtu, 

- Bangun pagi, Ayah mandikan Inas..mommy siapkan Inas.
- Susukan Inas..bagi Inas tido.
- Ayah keluar beli breakfast, mommy kemas dapur.
- Sapu sampah luar rumah..ayah tolong basuh baju..(mithali sangat)
- Kemas rumah..breakfast dengan Ayah. Inas dah bangun pulak.  
  Letak Inas kat bawah..main sorang-sorang. Mommy nak breakfast 
  dengan Ayah..hehe.
- Tukar cadar katil..jemur bantal (kampung sangat kan..hehe), 
  kemas bilik.
- Simpan baju-baju yang dilipat semalam. Buka laci, tutup laci. 
- Rehat sekejap..nanti nak mop lantai  dan cuci bilik air. 
- Masak lunch.
- Petang nak buat puding karamel..huhu.
- Pegi Giant beli barang dapur yang dah habis. Tak menyempat nak 
  tunggu gaji..hehe.

This our Sabtu. Walaupun sabtu adalah hari yang memenatkan dengan kerja rumah tapi beruntung sebab husband rajin tolong. Hehe.. Tapi kalau anak dah 2,3 macam mana la kan..tunggang-langgang. Tapi tak kisah la letih sebab anak depan mata..hilang letih. Mom is always a mom :) 


Enjoy your weekend..!!

Tuesday, 19 March 2013

1st anniversary


Jom layan gambar kahwin..huhu..


Seronok benor husband..hehe

Inai merah lagi masa ni..:)


Sekejapnye dah setahun kami berkahwin. Tak terasa pun..dahla kahwin dah setahun, dah ada anak sorang pulak tu. Rezeki Tuhan nak bagi..alhamdullilah.. So..for our first year, we celebrate it with our little daughter, Nur Inas Dahlia. Takde celebration besar-besaran pun. Just potong kek kat rumah saja :)

Kek from Ahlaa Cafe yang sangat sedap sampai teringat-ingat.


So..apa rasanye dah setahun kahwin?
Hmm..saya rasa kehidupan berumah tangga me and husband just bermula tahun ni walaupun dah berkahwin tahun lepas. Sebab ape? Sebabnya..last year me and husband are weekend husband and wife. Husband kat KL and saya dekat Penang. Seminggu sekali baru jumpa..sedih..huuu.. Lagi sedih masa pregnant. Pergi checkup sendiri je. Nasib ada kawan ofis yang pregnant jugak. So ada geng..geng mak buyung.

Sekarang bila dah duduk sekali barulah boleh rasa feeling berumahtangga. Memang la sesuatu yang baru. Kena pulak dah ada Inas Dahlia. Kalau orang lain..duduk berdua dulu, lepas tu baru bertiga. Tapi saya..bila duduk sekali je terus bertiga..hehe. Tapi takpe..just go with the flow and In sha Allah..semua akan okey. Belajar menguruskan rumahtangga, belajar menguruskan anak...it will come naturally. Tapi kalau nak tahu lebih..banyakkan la membaca. Kalau taknak baca buku pun..boleh baca kat babycenter. I just love www.babycenter.com. Ada banyak info kat situ.

Hidup berumahtangga of course banyak cabaran. So, kena la banyakkan bersabar :) Bila duduk sekali, you will notice a lot of things about your partner. Yang sebelum ni you tak tahu if dah kahwin. Macam husband, saya selalu gelar die OCD, Obsessive Compulsive Disorder. Sebabnye..die adalah seorang pembersih dan pengemas yang tahap gaban..hehe. Bukan la i ni pengotor or malas mengemas. Tapi kalau dah pembersih dan pengemas tahap gaban..susah jugak. Tapi like i said..just go with the flow. So..kalau i tak puas hati..i selalu cakap die OCD. Kesian husband..:)

So husband, if you read this..sempena our 1st anniversary. Semoga Tuhan panjangkan jodoh kita, limpahkan rezeki kepada kita, tunjukkan kita ke jalan yang benar, kurniakan anak yang soleh serta solehah dan semoga kita menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak kita.
Amin..:)

Love both!

XOXO,
Mummy