Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

Monday, 25 November 2013

Yang diingini.

Assalamualaikum..
Hai..

Yang diingini diatas sebenarnya bukan untuk saya pun. Tapi lebih untuk anak. Dalam last entry saya, saya tengah confius nak bagi susu apa kat Inas Dahlia. Tapi sekarang nak decide. Harapnya sesuai dan boleh bagi kebaikan untuk Inas Dahlia membesar dengan sihat,bijak, pandai..semuanya la. Over kan mummy.. Tapi agaknya mummy mana la yang tak over untuk anak dia. Huhu.






So..saya dah decide, Enfagrow A+. Yayyy!! Setelah tanya sana-sini, godek-godek internet tengok pengalaman mommies yang lain. Akhirnya beli jugak Enfagrow A+ ni. Ada jugak orang cakap, tak kisah susu mahal ke tak, janji sesuai dengan anak. So, saya dah pernah try kat Inas dan Inas okey dan nampak suka..so, why not kan? Ada jugak yang cakap, bukan susu mahal yang boleh bagi anak pandai dan sebagainya tapi cara didikan tu yang memainkan peranan penting. Yes, i agree tapi kalau susu boleh bagi kelebihan jugak..kenapa kita taknak bagi kan? Kalau takde kelebihan susu mahal..takde la susu premium dan susu biasa. Mesti ada lebihnya. Susu mahal sangat? Yes, mahal..tapi duit boleh diusahakan dan dicari. In shaa Allah mesti ada rezeki anak. 

I'm happy for Inas Dahlia.


Wednesday, 20 November 2013

Anak.

Assalamualaikum..hai...

Susah hati betul bila anak tak sihat. Last 2 weeks dah puas muntah and cirit-birit. Sejak tu, nampak macam asyik loya je Inas Dahlia. Tetiba je macam nak muntah. Semalam muntah lagi. Heran jugak..sebelum ni tak pernah macam ni.

Nak beralih bulan ke? Ada yang cakap camtu. Nak kena tukar susu ke? Sejak dari mula lahir saya memang dah campur susu.. BF and FM. Sebab masa awal tu Inas Dahlia tak cukup susu. Maklum la lahir besar 3.8kg..hehe.. Minum susu pun nak lebih je. So,terpaksa bg FM even die kecik lagi time tu. Bila dah beberapa minggu, fully BF. Tu pun amik supplemen untuk tambahkan susu badan. Masa umur die 7 bulan, saya tinggal die 3 minggu lebih sebab outstation. Sedih..T_T
Balik lagi sedih sebab die dah nak BF. Sedih giler kotttt.. Bila dah tak direct BF, lama-lama susu kering dah. So,lepas tu bagi die FM je..S26.

Sekarang ni memang konfius sangat tak tahu perlu tukar susu ke tak. Kalau tukar nak tukar susu ape. Memang susah hati sebab Inas biasanya sihat je. Kalau demam sikit-sikit tu biasa la. Ni macam asyik tak sihat je. Berapa minggu dah. 

Mummy risau. Cepat-cepat sihat okey Inas Dahlia. 





your smile is my happiness
:)



Monday, 30 September 2013

Pelengkap hidup.

Insiden pagi tadi semasa baru sampai di ofis.
Husband just park the car dan saya tiba-tiba teringat...

"Alamak..laptop saya.."
Dalam hati..habislah. I need my laptop, semua ada dalam tu. Kenapa dah sampai ofis baru teringat??
Ni kalau ajak husband balik rumah ambil laptop, mesti kena marah. Dah cuak.

Tapi husband dengan muka selamba..
"Saya dah ambilkan dah tadi.."

Lega.. Hehe.

Thanks to my pelengkap hidup. 
Sabor je la..dapat bini pelupa T_T.

Thursday, 12 September 2013

Growing and Active

Inas Dahlia dah 9 bulan. How time flies. Cepatnye. Bila Inas dah besar Mummy la makin tua T_T. Tsskkk...

Inas nowadays is so active which is good for her and not so good for Mummy and Ayah. Ke hulu, ke hilir, satu rumah nak diteroka. Bawah meja, celah meja, bawah kerusi, bawah tangga. Sekarang dah pandai memanjat pulak. Sabo je la..


Yang paling teruk adalah Ayah. Sebab bila Mummy sibuk masak kat dapur, Ayah la yang kena tengokkan Inas. Sekali-sekali mesti dengar Inas kena bebel dengan Ayah die. Hehe. Mummy tak tahu..sape suruh aktif sangat.


Ohh..tidakkk!! Dah panjat tangga. Mummy need another safety gate la macam ni. Baru toleh belakang sekejap, dah sampai atas dah si kecik ni. 


Mummy, Inas lah superwomen..
Baiklah..T_T


 Semua benda nak dikokaknye..aduhai la Inas Dahlia.


But this moment is...H.A.P.P.I.N.E.S.S.
True happiness.

Love,
Mummy.

Thursday, 1 August 2013

Melentur Buluh.

Sekarang ni saya tengah melentur buluh. Bak kata orang melentur buluh biar dari rebungnya. Hehe. Dan rebung tu of course la Nur Inas Dahlia :). Sekarang ni saya lebih suka beli permainan dan buku/flash cards untuk Inas. It is important to stimulate the brain.

Walaupun baby umur 8 bulan macam tak faham apa-apa but actually they do understand. So, you can actually begins it now. I love reading Dr.Harlina's blog and how she started using flash cards to her daughters at such a young age. So, let's follow what is good :)

Walaupun nampak macam tak menyabar nak ajar anak but who cares? Hehe. 


Melampau tak beli buku macam ni kat Inas? Macam la si kecik tu dah umur setahun, dua..kan?? Tapi takpe la..as long as ada gambar, colourful..its good enough i guess. Nanti nak buat flash cards sendiri pulak kat Inas. Huhu. 



Haha. Mommy love u :)

Wednesday, 31 July 2013

I'm Back!

I'm back for good. Hehe. Lama tak tulis blog. Been busy with work and 3 weeks in Russia. Life is so busy..huh? Pengalaman outstation ke Russia, 50-50. Why? Because..Inas Dahlia no longer want to breastfeed. I think she already forget about being breastfeed T_T.

Sampai je kat airport, i could see my daughter is waving at me. OMG! Tinggal anak 3 minggu, balik je dah pandai bye-bye?? OMG..OMG..OMG!! I've missed a lot of things. Inas mula merangkak after 2, 3 days i went to Russia. Memang sedih + seronok bila dapat tahu..tapi terpaksa la bersabar sebab kalau sedih, meraung macam mana pun..bukannye dapat balik tengok anak. Hmm... Masa on the way balik rumah, dalam kereta, Inas mengamuk maybe sebab bangun awal sangat pagi tu. And the worst thing is that, i do not know how to calm her anymore. Dah makin besar, perangai pun dah berubah. Again, sedih. Sampai rumah try to breastfeed and Inas do know how. Again, sedih. Lepak-lepak dalam bilik, Inas nak main-main dengan ayah die je. "Dah lupa mommy ke?". Sedihnye.

Tapi nasib baik ayah Inas pujuk mommy. Sabar je la. So, i was like..okey, don't give up..lets bonding again :) After 1 week plus, now Inas already remember me. I am a happy mom again. Huhu. Walaupun dah tak dapat breastfeed Inas, its okey..as long as she is healthy, mommy is happy. Saya anggap rezeki Inas untuk breastfeed sampai 7 bulan je, walaupun i wish to do it more than that. Its all about rezeki that comes from God. Maybe God wants to gives another rezeki to Inas, who knows? :)

Monday, 10 June 2013

Inas & Atashinci.

Rasa nak tergelak bila mengingatkan benda ni. Inas Dahlia masa lahir tersangat la sepet dan putih melepak. Sampai bila nurse datang tunjuk Inas kat mommy..i was like.." betul ke anak aku?, apesal dah macam jepun, korea pulak.." I thought my daughter would inherit my hidung mancung..sekali kuar hidung penyet ciconet. Hehe. 

Bila dah bawak balik rumah, mak saya pun macam tak percaya. Mak asyik cakap.." Haa..hang duk pi marah cina mana la ni..anak keluar macam cina ni.." At that time..punya duk kerah otak pikir..ada ke masa pregnant dulu marah mana-mana orang cina. Pikir punya pikir.... Hah! Atashinci. Kartun Atashinci. Baru ingat dulu masa pregnant..balik je dari keje, terus melepak depan TV. Dan cerita paling mommy suka adalah kartun Atashinci. I still can remember, setiap petang ada cerita kartun yang berlainan..ada Boboi Boy, Atashinci & Kiteretsu. Dalam banyak-banyak kartun ni..mommy paling suka kartun Atashinci. Tak tau la nape..suka sangat kartun Atashinci ni. Hehe. 

Agaknye sebab tu kot anak kuar muka sepet sampat Tok Wan Inas selalu panggil Inas Mek Jepun. Hehe. Nasib baik sekarang Inas tak sepet dah..mata bulat benor sekarang. 

Jom tengok watak-watak kartun Atashinci.

Keluarga Atashinci

Ayah

Emak

Adik lelaki

Atashinci.

Orang pregnant memang pelik kan. Benda tak suka boleh jadi suka. Haha. 


Nur Inas Dahlia during her first week.


hehe. Si tembun mommy.


Mek jepun. 

Apa-apa pun..tak kisah la Mek jepun ke..Atashinci ke, janji Inas sihat udah la yea. Mommy sayang Inas. :)

Sunday, 9 June 2013

Breatfeeding & S-26.

Assalamualaikum..hai.. :)

Pertama sekali saya memang salute sangat kepada mommy-mommy yang fully breastfeed their babies. Of course, it is not an easy job. Masa mula bersalin dulu, memang ada niat nak fully breastfeed. Tapi disebabkan masa mula-mula tu susu kurang dan Inas asyik menangis, terpaksa la bagi FM juga. Mula tu bagi sehari sekali je FM, masa lain memang BF je. 

Tapi bila dah masuk kerja, FM makin lama makin kerap. Sedih. Masa mula masuk kerja still pump dekat ofis tapi after a month dah tak pump lagi dah. Reason, mommy tak sempat + malas. Tapi balik kerja belum pun sempat sampai rumah dah BF dalam kereta. Hehe. 

Tapi bersyukur sangat walopun siang saya tak BF Inas dan tak pump lagi kat ofis. Rezeki Inas still ada lagi. Kadang-kadang BF malam-malam, ada time sampai basah baju mommy. Hehe. Ingatkan susu dah kurang sangat-sangat dah. Tapi ada lagi rupanya. Rezeki Inas. 

This week baru je tukar S-26 step 2 untuk Inas sebab Inas pun dah 6 bulan. Yang bezanya step 2 siap ada vanilla flavor. Dan Inas Dahlia nampaknya suka sangat susu baru die tu. Selalunya die takdelah kerap sangat minum susu. Ni bagi 4oz habis..bagi 6oz pun habis. Dah sudah...jenuh siap duit la mommy. Hehe. Tapi takpe la..anything for Inas. 

Banyak kelebihan BF. Lagipun bila BF nak pegi mana-mana pun senang. Boleh BF dimana-mana saja. Dalam kete..pergi shopping complex cari je baby room. Senang kan..tak payah nak bawak susu, air panas, air masak. Apa-apa pun..actually BF lagi memberikan kepuasan sebenarnya. Selagi ada susu..selagi tu mommy bagi okey Inas Dahlia. And to mommies yang fully BF tu..saya salute anda semua :)

Monday, 3 June 2013

Dah Terima Kenyataan.

Hehe. Rasa nak gelak dulu sebab entry sebelum ni tak boleh terima kenyataan. Sekarang dah boleh terima kenyataan dah. Rileks diana..rileks... In my last entry memang geram betul dengan TB (teacher busuk) tu yang konon-kononnye cuba merampas kasih sayang Inas Dahlia (mom was so overprotective,haha). Lepas borak-borak dengan ofismate yang ada buka taska jugak..i felt a little relieve dan cuba untuk bersabar. She said budak-budak kat taska memang macam tu. One of the reason is maybe dekat taska dia ada ramai kawan-kawan. Yes, yang tu memang saya perasan. Inas dah mula pandai socializing. Hari tu jumpe cousin die and she was super excited dengan bahasa baby die. Hehe. Lawak je..tak tahu la apa yang die seronok sangat.

Sekarang pun kalau ambil Inas dari taska, macam tu perangai die. Tapi takpe la, mommy sabar. By the way, once mommy dah dukung dia, dia taknak pandang TB dah. Hehe. Macam-macam perangai si kecik ni. Tapi tu la perangai awak tu buat mommy yang emotional ni sentap okey.



Gunting rambut sebab rambut depan dah nak masuk mata. :)

Sunday, 12 May 2013

Happy Mother's Day!!




Happy Mother's Day to all great mom out there..!

Wednesday, 1 May 2013

Chef Ubi.


Masa tengah sibuk memasak, husband tiba-tiba datang menjenguk..tengok apa saya masak.

" Awak chef ubi.."

Hahh??

Haha. Husband sangat memilih bab sayur. Jenis tak makan sayur sangat. Kalau saya masak sayur, memang selalunya tersangat la ciput..sorang makan. Disebabkan die suka ubi kentang, dalam fridge memang selalu ada ubi kentang dan boleh kata dalam sume masakan saya letak kentang. Tapi dah dapat jolokan chef ubi pulak dari husband..hehe. 

Happy Labour Day..!!

Tuesday, 30 April 2013

Anak Beranak.

Dah masuk 3 minggu jugak batuk Inas tak baik-baik lagi. Tapi nasib baik dah tak muntah macam hari tu bila batuk. Cuma kalau tido malam mommy la yang susah nak tido sebab bila Inas batuk je mesti mommy kena cepat-cepat jaga, tengok Inas. Bukannya ape..takut Inas muak or muntah susu..Inas kalau muak mesti habis keluar semua susu, risau takut termasuk dalam hidung pulak. Yes, i am a typical mom. Anak batuk sikit je..dah tergesa-gesa bangun. 

Last weekend went to child specialist. But according to the doctor nothing serious. Cumanya doktor cakap hidung Inas sensitif, that's why batuk die lambat baik and masih ada kahak. 

Hidung sensitif.

Hmm....

Terus je pandang Ayah Inas.

Patutlah susah sangat nak baik batuk Inas ni...Ayah la puncanya. Hehe. Hidung sensitif turun kepada anak. 
Tapi sekarang saya dah ada sebab untuk paksa Ayah Inas bangun jaga Inas malam-malam. Mommy pulak nak tido. Disebab Ayah, Inas pun hidung sensitif..so lepas ni kalau Inas batuk malam-malam, Ayah la kena bangun. Hehe. 

Tapi boleh ke Ayah bangun..? Tengah malam suruh carikan puting Inas pun payah. Gagau-gagau tak jumpa, terus tido balik. Memang tak jumpa la kalau gagau sambil tutup mata. Hehe. Last-last mommy jugak la yang kena bangun cari.

Thursday, 25 April 2013

Pa&Ma




Pa&Ma!!
New favorite magazine.

Dah beralih dari Intrend ke Pa&Ma. Kalau dulu suka Intrend tapi bila dah ada anak ni, tiba-tiba rasa Intrend bukan keutamaan dah. Lebih baik baca Pa&Ma untuk tambahkan ilmu keibubapaan. Yelah, sebagai ibu baru, banyak yang kita tak tahu, so kalau nak lebih tahu kena la banyakkan membaca. Tak semestinya nak kena beli buku parenting yang mahal-mahal, nanti tak terbaca pulak. Actually, dalam majalah macam ni pun boleh dapat banyak pengetahuan.

Saya seronok tengok Inas Dahlia membesar dan lagi seronok bila tahu aktiviti apa yang sesuai untuk merangsang minda Inas selari dengan umur die. 


Monday, 22 April 2013

Challenges


Challenges is the Guru of patience .

When you have a child especially small child, it means you'll have lesser sleep and little time to rest. I always pray that God give me and my husband a good health so that i can handle Inas and attend to her as much as i can. Its the nature, even if you are sick and have no time to rest and less sleep but unconditional love encompasses everything. 



Love.


Sunday, 21 April 2013

MAM in Avent



Ni cerita botol susu Inas. Hehe.


Pakai botol Avent tapi putingnya jenis MAM. Tak tahulah kenapa Inas tak suka puting Avent..maybe keras kot pada die. Masa mula-mula masuk risau sangat sebab Inas buat perangai taknak minum susu botol. Susahnya hati..

Dari situ bermula la sesi trial and error botol susu. Actually dari masa baru lahir selain breastfeeding, bagi jugak susu botol..dan saya guna Tommie Tippee. Inas okey dengan botol ni sampai dekat-dekat nak masuk keje Inas buat perangai taknak botol. Alahai...kenapa pulak Inas ni. Bila dah dia taknak, try beli botol Avent. Still..! Taknak jugak..Inas Dahlia..mahal mommy beli tau. Masa ni memang dah susah hati..first sebab Inas taknak botol, second sebab takut rugi duit beli botol Avent yang mahal tu. Gulpp..

Hari first masuk keje, tinggalkan Inas dengan MIL. Bila tanya MIL cakap Inas taknak botol..so MIL terpaksa bagi pakai sudu..sebab kesian Inas lapar. Aduuh Inas Dahlia..lagilah mommy susah hati. Last-last ada kawan ofis cakap dia guna jenis MAM sebab dulu anak dia pun sama taknak botol. So, mommy bertahan..tunggu sampai habis keje terus pegi Fabulous Mom dekat Puchong. Lepas consult dengan orang dekat Fabulous Mom tu..beli dua jenis puting NUK dengan MAM sebab orang tu kata it fit with Avent bottle. Balik terus tukar and Alhamdulillah Inas okey, sampai sekarang guna puting MAM :) Puting NUK tak guna pun sebab Inas tak suka dan Mommy pun tak suka sebab dia ada bau getah yang kuat.

At the same time ada jugak beli bottle MAM yang Anti-Colic. Bought this at RM 30++


Walaupun Inas suka puting MAM tapi saya lagi prefer guna bottle Avent. Kenapa?? Sebabnya walaupun botol MAM ni pun ada Anti-colic tapi bahagian anti-colic die dekat bawah botol. Bila masa nak bancuh susu..masa goncang botol tu, kalau salah sikit je mesti bocor susu. Rasa macam dah tutup rapat dah.  Ermm..so, i guess maybe because of the anti-colic. Agak leceh la..sebab kadang-kadang kita nak cepat bancuh susu, tapi bocor pulak. Walaupun tak selalu..tapi selalunya time nak cepat tu la nak bocor pun..hmm...

bahagian anti-colic

so..just attach it to the bottle.


So..disebabkan anti-colic MAM yang leceh tu, i decided untuk guna bottle Avent je sebab lagi prefer anti-colic Avent. Tu la yang jadinye..MAM in Avent..huhu. And looks like i have to double spending for feeding bottle. Gulpp...

Tapi takpelah..anything for Inas. Mommy ada Inas je pun..at this moment la kan. For future, kena pikir semula. Hehe.


Inas Dahlia..feelingnye tido sampai net buai atas muka pun tak sedar. Macam mana boleh tutup muka pun tak tahu la.. Look mommies, always supervise your love ones okay :)

Have a nice day..!

Saturday, 20 April 2013

Lets Bumbo!!

Yay..!! Bought Bumbo seat for Inas. Dah lama teringin nak beli tapi sebab Inas kecik lagi hari tu..so,postpone dulu. Dua hari lepas tetiba teringat dan check dekat Fabulous Mom..ada sale untuk Bumbo seat. Just the right time..hehe. 


I bought Lilac Bumbo seat since Lime all soldout already. Nevermind la..Lilac is just nice for my baby girl. Bought this at RM 199.00,it comes with a tray. Normal price is RM 245.00 if i not mistaken. However, there's another one which without tray sell at RM 179.00. 



Inas in her Bumbo seat.Huhu.. 

Saya rasa Bumbo seat ni menyenangkan saya dan husband. Yelah..Inas pun makin besar..dah tak berapa nak baring sangat, nak duduk atau berdiri. Kalau saya sibuk memasak atau mengemas rumah..ayah Inas yang mitahli tu la yang kena melayan karenah anak die yang sorang ni..hehe.  So, bila dah ada Bumbo ni boleh la letak Inas dalam tu. But for sure with supervision yea mommies. 

Tuesday, 19 March 2013

1st anniversary


Jom layan gambar kahwin..huhu..


Seronok benor husband..hehe

Inai merah lagi masa ni..:)


Sekejapnye dah setahun kami berkahwin. Tak terasa pun..dahla kahwin dah setahun, dah ada anak sorang pulak tu. Rezeki Tuhan nak bagi..alhamdullilah.. So..for our first year, we celebrate it with our little daughter, Nur Inas Dahlia. Takde celebration besar-besaran pun. Just potong kek kat rumah saja :)

Kek from Ahlaa Cafe yang sangat sedap sampai teringat-ingat.


So..apa rasanye dah setahun kahwin?
Hmm..saya rasa kehidupan berumah tangga me and husband just bermula tahun ni walaupun dah berkahwin tahun lepas. Sebab ape? Sebabnya..last year me and husband are weekend husband and wife. Husband kat KL and saya dekat Penang. Seminggu sekali baru jumpa..sedih..huuu.. Lagi sedih masa pregnant. Pergi checkup sendiri je. Nasib ada kawan ofis yang pregnant jugak. So ada geng..geng mak buyung.

Sekarang bila dah duduk sekali barulah boleh rasa feeling berumahtangga. Memang la sesuatu yang baru. Kena pulak dah ada Inas Dahlia. Kalau orang lain..duduk berdua dulu, lepas tu baru bertiga. Tapi saya..bila duduk sekali je terus bertiga..hehe. Tapi takpe..just go with the flow and In sha Allah..semua akan okey. Belajar menguruskan rumahtangga, belajar menguruskan anak...it will come naturally. Tapi kalau nak tahu lebih..banyakkan la membaca. Kalau taknak baca buku pun..boleh baca kat babycenter. I just love www.babycenter.com. Ada banyak info kat situ.

Hidup berumahtangga of course banyak cabaran. So, kena la banyakkan bersabar :) Bila duduk sekali, you will notice a lot of things about your partner. Yang sebelum ni you tak tahu if dah kahwin. Macam husband, saya selalu gelar die OCD, Obsessive Compulsive Disorder. Sebabnye..die adalah seorang pembersih dan pengemas yang tahap gaban..hehe. Bukan la i ni pengotor or malas mengemas. Tapi kalau dah pembersih dan pengemas tahap gaban..susah jugak. Tapi like i said..just go with the flow. So..kalau i tak puas hati..i selalu cakap die OCD. Kesian husband..:)

So husband, if you read this..sempena our 1st anniversary. Semoga Tuhan panjangkan jodoh kita, limpahkan rezeki kepada kita, tunjukkan kita ke jalan yang benar, kurniakan anak yang soleh serta solehah dan semoga kita menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak kita.
Amin..:)

Love both!

XOXO,
Mummy



Tuesday, 5 March 2013

Inas masuk taska

5 Mac 2013.
First day Inas masuk taska.
I'm wondering how is she doing. Inas okey ke? Nangis tak? Minum susu cukup tak?
Mummy harap Inas okey la yea.. And i will always pray for your safety..
May Allah swt protect you.


Friday, 22 February 2013

options

Kalau ikut hati, nak aje tinggalkan Inas dengan MIL. Boleh MIL jaga Inas dan takdelah risau sangat sebab MIL sendiri yang jaga. Yelah, macam- macam yang kita dengar kes kat nurseri. Even ambil maid kat rumah pun boleh jadi kes. Risau dibuatnya.

Tapi Inas buat perangai malam-malam tak nak susu botol, so...macam mana la nak tinggalkan dengan MIL. Sebabnya kalau nak tinggalkan dengan MIL, weekend baru ambil Inas. That means malam-malam Inas kena tidur dengan MIL. Tapi malam-malam die tak nak botol. Huwaa...

So, Inas Dahlia..mummy have no choice rather than sending u to nursery. Just hope u will be okay. Please behave ya dan dijauhkan dari perkara tidak baik. Amin.. :) 

New skill..hisap jari (or tangan actually)


Saturday, 16 February 2013

busy mum

I am a busy mum. This blog have been abandoned for quite a long time. And i miss writing and share whatever i think (at least for me) is interesting. Bila jadi seorang ibu, memang la tersangat sibuk dan letih. Sepanjang maternity leave 3 bulan, saya rasa it is tough to be a housewife! Tambah-tambah kalau ada anak kecil. Baru tahu bukan senang nak jaga anak, apatah lagi membesarkan anak.

Tapi bila dah jadi ibu ni, entah dari mana datangnya kekuatan pun saya tak tahu. Maybe itulah nature seorang ibu kot. Siapa yang jadi ibu tahulah apa yang saya maksudkan. Semoga Allah akan terus kurniakan saya kekuatan serta kesabaran untuk membesarkan Inas :)

p/s: rasa aman rumah bila Inas tido, tapi kalau Inas tido lama sangat, rindu pulak kat Inas. Peliknya bila dah jadi mak ni kan..haha :)