Showing posts with label Inas Dahlia. Show all posts
Showing posts with label Inas Dahlia. Show all posts

Thursday, 6 March 2014

Anak memilih dan sukar makan.

Assalamualaikum..

Inas Dahlia ni kenapa tak makan?

Cepat makan.
(sambil cuba suap makanan)

Sikit je Inas. Sikit je....
(sambil cuba sedaya upaya suap makanan kat Inas yang menutup mulut rapat-rapat)

Last-last...
.
.
.
.
.
.

Tak makan sudah la.
Penat mummy masak.

Time ni memang marah campur geram.
Pernah untuk dinner je saya buatkan 3 jenis makanan untuk Inas. Tapi satu pun die tak nak makan. Ya Allah..! Betul-betul menguji kesabaran ni..sabor je la. 
Tarik nafas dalam-dalam.
Sabor.
Anak kecik memang akan datang time macam ni.
Lain budak lain pe'el nye.


mummy nak bunga..?
melting...:)




Anak sukar untuk makan, memang perkara biasa. Tapi ibu bapa yang nak membiasakan diri dengan keadaan camtu memang...mencabar kot. Yelah risau, malam-malam anak lapar, nanti kurus keding tak comel..badan anak tak cukup nutrien..macam-macam lagi la. 

Just for sharing..

Tapi sebenarnya, kekurangan berat tak bermaksud anak korang tu kurus. Sebab sesetengah budak memang secara semulajadinya bertubuh kecil. Dan kanak-kanak yang bertubuh besar, chubby rase nak cubit-cubit pipi die tu, tak semestinya cukup zat makanan. So, kuantiti makanan tak melambangkan tahap kesihatan anak tu. Haa..lega sikit rase ni. So, kalau nampak anak korang tu aktif dan bertenaga..tumbesaran die pun normal je, anak korang sihat je sebenarnya walaupun die makan sikit je. Tapi anak tak nak makan atau makan sikit dan nampak lesu, layu je..cepat-cepat gi doktor check okeh. 

Inas Dahlia, saya perasan die start memilih makan masa cukup umur die setahun. Kalau sebelum tu..makan tak pernah cukup..bertambah-tambah. Hehe. Siap menangis mintak nak lagi. So, sekarang ni apa yang saya cuba buat adalah..make some variety in her meals. Setiap hari makan bertukar menu. Nasi, pasta ( spagetti, macaroni), kueyteow, makanan bersup. Jenuh menggoogle resepi dan tanya kawan-kawan. 

Ini tips untuk menggalakan anak untuk makan:
  • Beri anak makan dalam keadaan tenang dan bukan marahkan anak setiap kali dia enggan makan. ( ni memang mencabar betul, tarik nafas dalam-dalam...)
  • Sediakan sendiri makanan dan bukan dibeli dikedai yang belum tentu berkhasiat ( ni saya setuju, kalau masak sendiri, kita boleh kawal garam dan tak perlu nak letak serbuk perasa)
  • Pastikan seisi keluarga makan bersama-sama. (kes saya lain, saya akan tunggu dan tengok Inas makan sampai habis, baru la saya dan husband akan makan)

Ni pulak antara sebab kenapa anak tu susah nak makan:
  • Bermasalah dengan gigi
  • Bosan dengan makanan
  • Terlalu banyak bermain
  • Tiada kawan untuk makan bersama-sama (patut la Inas kat taska makan banyak)
  • Ibu bapa paksa mereka menghabiskan makanan ( aku pun kdg2 camni gak, risau anak lapo malam-malam) 
Sekarang baru tahu..bila anak dah makin besar ni, macam-macam perangai. Nak bagi makan pun payah dan kena usaha lebih. Nak buat macam mana..anak...hehe. Tak sabar nak tunggu Inas banyak gigi, boleh die makan macam-macam lagi. 


~~~~~~~~~~

Actually Shaklee pun ada supplemen untuk meningkatkan selera makan anak, Mealshakes. Ianya boleh diberikan kepada kanak-kanak seawal umur 1 tahun. Banyak khasiat Mealshakes ni:

  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama sprt protein, fiber, mineral serta kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • Meningkatkan selera makan anak :)
  • menangani masalah sembelit pada kanak-kanak.
  • Meningkatkan imun badan anak.
  • Bagus untuk kanak-kanak yg mengalami obesiti.

Sila email saya jika berminat untuk cuba Mealshakes ni :)

Bye.

Monday, 6 January 2014

Inas tukar taska.

Assalamualaikum...

Hai...

Hari ni Inas Dahlia tukar taska. Hmm..wondering how is she doing. Fortunately the owner is my own office colleague. Dia kata masa dia sampai ke taska, Inas terkedek-kedek ke sana ke mari dengn dua-dua belah tangan pegang mainan. Hehe. Sabo je la anak aku sorang tu.

Tapi as long as she is okay, mummy lega dan takde la nk susah hati. Huhu. Tapi rasanya Inas ni jenis senang nak adapt kot. She looks friendly walaupun mulut jenis diam. Pegi mane-mane pun asal ada budak sebaya or tua sikit drp dia, sibuk nak pegi berkawan. Kadang-kadang budak lain pulak takut dengan dia. Hehe. Tapi mulut senyap..tak berbunyi.

Nape tukar taska? Tahun baru, yuran pun baru. End up terpaksa tukar taska. The increment is quite high. Naik mendadak sangat. Kalau setakat RM10 ATAU RM20, still boleh terima. Tapi kalau dah mendadak naiknye, terasa jugak la kan. 

Apa-apa pun, first day kat tempat baru, Inas is doing fine. Alhamdulillah..


Thursday, 2 January 2014

Pneumococcal.

Assalamualaikum...

Hai...


Lately saya tengok ramai yang post pasal Pneumococcal kat Fb. Tak kurang jugak ramai yang tak tahu pasal vaksin Pneumococcal ni. Saya pun tahu pasal Pneumococcal ni pun dari ofismate yang ambil suntikan ni untuk anak dia. So, memang dari awal lagi saya dah aware pasal vaksin ni dan decide nak bagi suntikan ni untuk Inas Dahlia. So far, Inas dah ambil 3 suntikan, tinggal lagi satu suntikan. Sebab overall ada 4 dos semuanya.

Bila baca blog ibu kepada Aqil yang meninggal disebabkan virus Pneumococcal tu, sedih sangat. Memang kita tak tahu bila penyakit nak datang. But if there's a prevention, why not? Memang hospital kerajaan tak bagi suntikan tambahan ni, kena ambil di klinik atau hospital swasta. Biar la keluar duit sikit, untuk anak..apa la yang nak berkira sangat. Macam saya, sekali cucuk RM 200, tak tahu la kalau ada yang lebih murah kat tempat lain. Tapi sebab klinik ni dekat je dengan rumah, so, kitaorang memang ambil suntikan tu kat situ je.

Bercakap pasal Pneumococcal ni, vaksin Pneumococcal ni diambil untuk melindungi kanak-kanak bawah umur 5 tahun dari virus Pneuococcal. Sebabnya virus Pneumococcal ni adalah virus yang memang common dikalangan kanak-kanak dibawah umur 5 tahun dan boleh membawa kepada kematian di US. Dan lagi teruk virus ni jugak boleh menyebabkan penyakit yang merbahaya seperti Meningitis dan juga jangkitan telinga dikalangan kanak-kanak dan juga bayi.

Bakteria yang menyebabkan Pneumococcal ni dipanggil Strepcoccus Pneumoniae yang biasanya terdapat di bahagian tekak (back of the throat) dan juga hidung (mucus liningof the nose). Bakteria Pneumococcal ni boleh tersebar atau menjadi jangkitan melalui batuk atau bersin. Penyakit seperti Meningitis atau Pneumonia boleh jadi lepas beberapa hari lepas jangkitan. So, maksudnya bakteria ni memang boleh merebak dengan cepat. Maybe itu lah yang terjadi kepada arwh baby Aqil. Wallahualam..

Prevent is better than cure, right? So, kalau dah ada cara untuk prevent, why not kan. Selain dari tu kita hanya boleh berdoa la untuk kesihatan anak kita, semoga diberikan kesihatan yang baik :)




Inas pun dah complete 4 dos vaksin Pneumococcal dia. Lega...hehe. Tapi tak tahu la bekas kena cucuk tu selalu merah macam nak lebam. Mungkin dos dia kuat kot. Tapi nangis kejap je..keluar dari bilik doktor, dah tak nangis dah..huhu. 
Heroin mummy :) 



Okey, kite dah habis cucuk :)

Huhu..

Bye.



Friday, 13 December 2013

Anak asyik demam malam. What to do?

Assalamualaikum..

Hai...


Hmm..macam mana lately saya selalu cakap Inas Dahlia asyik kurang sihat je. Jarang die macam ni, it has been 3 weeks now. Demam, selsema pun macam baru nak baik, batuk bekahak teruk sampai kena neb. Pastu demam die selalunya time malam, panas lak tu. Risau jugak sebab demam panas pada baby and kanak-kanak tak boleh diambil ringan. 

Saya pun tak tahu nape demam die malam je. Search kat google, jumpe blog Dr.Zubaidi. And he said, budak demam tu adalah petanda anak kita mengalami perubahan fisiologi yang disebabkan oleh faktor luaran seperti suhu panas, kurang minum air atau tubuh die sedang melawan jangkitan kuman, virus atau bakteria. Dan Dr.Zubaidi suggest Ear Thermometer lagi bagus kalau nak check suhu badan anak. So, nampaknya kena la gi beli satu sebab yang kat rumah termometer yang letak kat ketiak je. Mungkin tak cukup accurate.

Bila Inas merengek tengah-tengah malam, biasanya saya akan lap dengan wet towel, risau kalau nanti terlampau panas. Usually guna air paip je la..maybe sejuk sikit la sebab malam kan. Tapi rupa-rupanya Dr. Zubaidi suggest guna air suam supaya anak kite tak menggigil kesejukan. Okey, lepas ni kena tukar la guna air suam. 

Kalau bercakap pasal aktif, siang Inas still aktif sebab siang die tak demam. Tapi memang kurang makan. Hmm..what to do.. Risau la sebab lama sangat dah camni. Dah jumpa doktor sebab batuk die tu..rasa macam batk dah makin okey je but then kesihatan die still not get to normal totally lagi. 

Tengok la sehari,dua lagi kalau still demam panas malam-malam, kena bawak jumpe doktor lagi la nampaknye. Sian Inas Dahlia..


Thursday, 12 December 2013

Parentings tips. Avoid "no" to your children.

Assalamualaikum.. 

Bukan senang nak membesarkan anak. Bila dah ada anak sendiri baru tahu. Hehe. Banyak lagi ilmu parenting yang kita or saya sendiri belum master. Ini adalah salah satu perkara yang sangat dekat dengan kita dalam membesarkan anak. Suka cakap 'no' kepada anak. Betul tak?

Apa-apa pun to to avoid saying 'no' kepada anak kita adalah salah satu tips parenting yang sangat penting bagi saya.. Cuba elakkan berkata 'tidak' atau 'jangan' or 'no' la in English. Sebab saya rasa ini adalah kebiasaan kite sebagai parents selalu buat.
"Eh, jangan main benda tu.."
"Eh..tak boleh ni.."

Semua pun tak boleh kan. Kesian anak yang tengah membesar dan tengah nak explore a lot of things. Hmm.. So, cuba elakkan guna perkataan 'no' kepada anak adalah tips yang saya rasa sangat berguna sebagai parents. Lepas ni kena la beringat selalu dan cuba elakkan 'no' kepada Inas Dahlia.

Antara alternative yang kita boleh cakap pada anak kita bila dia buat something yang kita tak suka adalah, find an alternative.
Kalau biasa kita cakap..
"tak boleh main suis ni.."
gantikan dengan
"Okey..Inas main kat sini eh.." (sambil bawak anak ke tempat yang lain)

Ini contoh simple saya jela kan. Tapi alternative die lebih kurang camtu la.Huhu
So,lepas ni boleh la cuba tips ni yea. Harapnya anak kita akan membesar dengan lebih positif dan high self-esteem serta high self-confidence. Amboii..hehe..

In sha Allah..:)


Wednesday, 11 December 2013

Nebulizer.

Assalamualaikum..

Hai..

Lately memang Inas Dahlia tak berapa sihat. Selsema la..batuk la.. demam sikit-sikit. Agak lama jugak camni, naik risau pulak. Sejak dari Inas kena muntah dan cirit birit tu, sampai la sekarang ni senang sangat tak sihat. Ingat pasal susu, dah tukar pun susu. Tapi still camtu jugak.

So, semalam bawak Inas pegi Klinik Pakar Kanak-kanak An-Nur di Bangi. Dulu pernah sekali nak pegi tapi sebab lambat, sampai sana dekat pukul 12. Memang minta maaf la. Orang macam semut menunggu kat dalam tu. So, semalam memang pegi awal, pukul 10 lebih dah ada kat An-Nur. Tak ramai orang. Shamsul Ghau-ghau pun ada..die ada baby kecik rupanye.Hehe. Tak ambil gambar pun..segan.

So, lepas consulatation dengan doktor, doktor suggest Inas nebulizer. Sebab batuk die pun dah lama dengan kahak nya lagi and doktor cakap macam ada tanda asthma. Hmm..sian la Inas Dahlia. Tapi lately kalau malam, memang teruk batuk die. maybe sejuk dada kot. So,semalam first Inas kena neb. Selama ni tengok anak orang kena neb, kali ni anak sendiri pulak. Kalau boleh memang taknak neb ni sume kan..tapi nak buat macam mana.

Mula-mula je dok diam, maybe sebab pelik kot. Hehe.



Sempat main dulu sebelum jumpa doktor.huhu



Ada yang cakap pasal tampal cool fever didahi baby ni tak bagus can cause CP. Just to share, Dr.Halina..in her blog, die tak cakap pun tak boleh tampal or can causes CP, but instead she said wet towel works better. So, mommies pilih la yang terbaik. Saya sendiri pun jarang-jarang guna cool fever. Kalau demam teruk memang pakai wet towel je. Dan pakai wet towel, kena ubah-ubah tempat. Jangan letak didahi terlalu lama sangat yea.



And one more things, actually Inas masih berhutang lagi satu dos suntikan Pneumococcal. Sebab sekarang die asyik tak sihat, tertangguh la dos yang last ni. Kesemua sekali 4 dos sebab Inas ambil Pneumococcal sejak dari umur die 2 bulan. Nampaknya kena tunggu die sihat betul dulu baru boleh ambil dos yang terakhir ni. Lepas tu baru la lengkap Pneumococcal Inas. Yihuuu.. Semoga sihat la hendaknya. In sha Allah..


Tuesday, 3 December 2013

Resepi anak 1 tahun.

Assalamualaikum..

Hai..

Sebenarnya tengah pening tak tahu nak bagi Inas Dahlia makan apa. Orang tu dah ada gigi, hari tu bagi bubur macam dah tak berapa nak. Nak makan nasi macam orang besar. Bagi dengan ikan salmon, dibuangnya ikan. Pastu terus tak nak makan. Nak makan nasi kosong je. Kesian pulak tengok dia makan nasi kosong.

Ada masa suka benor pasta dengan mushroom soup. Tak cukup semangkuk, nak tambah lagi. Hehe. Tapi Inas ni macam cepat benor boringnya. Jenuh la Mummy nak tukar-tukar menu. Terpaksa la terjah blog orang tengok resepi. Hehe. 

Yang ada dalam list Mummy sekarang ni:

1. Mee suah goreng
2. Bihun sup
3. Cheese Hashbrown
4. Pasta goreng. (pernah buat pasta and soup, taknak die. memilih betul..hehe)
5. Omelette. 

Jom try tengok. Harap-harap berselera la Inas Dahlia makan. Huhu.


Monday, 25 November 2013

Yang diingini.

Assalamualaikum..
Hai..

Yang diingini diatas sebenarnya bukan untuk saya pun. Tapi lebih untuk anak. Dalam last entry saya, saya tengah confius nak bagi susu apa kat Inas Dahlia. Tapi sekarang nak decide. Harapnya sesuai dan boleh bagi kebaikan untuk Inas Dahlia membesar dengan sihat,bijak, pandai..semuanya la. Over kan mummy.. Tapi agaknya mummy mana la yang tak over untuk anak dia. Huhu.






So..saya dah decide, Enfagrow A+. Yayyy!! Setelah tanya sana-sini, godek-godek internet tengok pengalaman mommies yang lain. Akhirnya beli jugak Enfagrow A+ ni. Ada jugak orang cakap, tak kisah susu mahal ke tak, janji sesuai dengan anak. So, saya dah pernah try kat Inas dan Inas okey dan nampak suka..so, why not kan? Ada jugak yang cakap, bukan susu mahal yang boleh bagi anak pandai dan sebagainya tapi cara didikan tu yang memainkan peranan penting. Yes, i agree tapi kalau susu boleh bagi kelebihan jugak..kenapa kita taknak bagi kan? Kalau takde kelebihan susu mahal..takde la susu premium dan susu biasa. Mesti ada lebihnya. Susu mahal sangat? Yes, mahal..tapi duit boleh diusahakan dan dicari. In shaa Allah mesti ada rezeki anak. 

I'm happy for Inas Dahlia.


Wednesday, 20 November 2013

Anak.

Assalamualaikum..hai...

Susah hati betul bila anak tak sihat. Last 2 weeks dah puas muntah and cirit-birit. Sejak tu, nampak macam asyik loya je Inas Dahlia. Tetiba je macam nak muntah. Semalam muntah lagi. Heran jugak..sebelum ni tak pernah macam ni.

Nak beralih bulan ke? Ada yang cakap camtu. Nak kena tukar susu ke? Sejak dari mula lahir saya memang dah campur susu.. BF and FM. Sebab masa awal tu Inas Dahlia tak cukup susu. Maklum la lahir besar 3.8kg..hehe.. Minum susu pun nak lebih je. So,terpaksa bg FM even die kecik lagi time tu. Bila dah beberapa minggu, fully BF. Tu pun amik supplemen untuk tambahkan susu badan. Masa umur die 7 bulan, saya tinggal die 3 minggu lebih sebab outstation. Sedih..T_T
Balik lagi sedih sebab die dah nak BF. Sedih giler kotttt.. Bila dah tak direct BF, lama-lama susu kering dah. So,lepas tu bagi die FM je..S26.

Sekarang ni memang konfius sangat tak tahu perlu tukar susu ke tak. Kalau tukar nak tukar susu ape. Memang susah hati sebab Inas biasanya sihat je. Kalau demam sikit-sikit tu biasa la. Ni macam asyik tak sihat je. Berapa minggu dah. 

Mummy risau. Cepat-cepat sihat okey Inas Dahlia. 





your smile is my happiness
:)