Friday, 1 November 2013

Tips Kecantikan Wanita

Orang perempuan memang sangat suka bab tips-tips kecantikan kan. Saya sendiri pun suka. Kalau takde keje mesti nk google-google cari tips kecantikan. Hehe. 

Bila anak dah mula berjalan, terus terlintas dalam kepala..

"mummy dah makin tua.."
T_T

Hari ni nak share tips la yang boleh kita amalkan untuk kekal muda. Awet muda..hehe.

1. Pilih pembersih muka dengan kesan yang lembut dan melembap.

Hmm..kenapa eh? Ini sebabnya kulit yang mengalami penuaan tidak memerlukan produk yang biasa digunakan oleh para remaja. Biasanya bila usia kita semakin meningkat, makin kurang lebihan minyak. Tak macam remaja, saya dulu pun masa zaman sekolah..muka punya la berminyak tahap jerawat naik tak henti-henti. 


So, kalau pembersih muka anda terlampau agresif, ia akan menghakis minyak semulajadi kulit anda, dalam masa yang sama ia akan mengering dan menyebabkan penuaan lebih cepat. Oh noooo..! Kulit muka yang kering lebih cepat berkedut ye kawan-kawan.


Oleh itu, pilih la pembersih muka yang mempunyai fungsi melembapkan dan melembutkan kulit okeh. Dan cuci muka dengan betul sebab ia akan membantu menyinkirkan kesan bahan kimia dari make up dan jugak persekitaran, yang jika dibiarkan akan menyebabkan penuaan. 


Saya suka Cetaphil Gentle Cleanser. 


2. Melembap selepas membersih.


Agak-agaknya berapa diantara kita yang rajin pakai pelembap lepas basuh muka? Tambah-tambah bila dah ada anak..semua nak cepat je. Last-last pelembap tu 2,3 bulan tak habis-habis. Hehe. 


Tahu tak salah satu punca penuaan segera dan pramatang adalah kekurangan pelembap dalam rutin penjagaan wajah. Peningkatan pelembap sangat penting agar kesihatan kulit kita terjaga. Kalau nak tahu pelembap mempunyai tiga fungsi iaitu :


-memberi perlindungan

-memberi kelembapan
-sebagai asas solekan.


Cara nak pakai pelembap pun senang je, sapu sehingga krim meresap dan kulit tak rasa melekit. Siap..! Huhu. Bukannnya lama pun..sekejap je. So, lepas ni make sure tak tinggal pelempab. Macam saya tambah lagi dengan Vitamin E. Luaran sapu krim pelembap, dalaman ambil Vitamin E.

Saya suka Day and Night Cream Safi Rania + Shaklee Vita E.


3. Pilih pelembap yang sesuai.


Bila pilih pelembap pilih la yang sesuai dengan kuit okey. Kena la invest sikit untuk pelembap yang elok. Kalau dapat konsultasi dari  pakar lagi bagus. Jangan silap pilih pelembap yea. Nak selamat ambil supplemens, senang. Malam ni ambil sebiji, esok apgi bangun, muka lembap elok je..huhu..






So, mommies and ladies.. lets moisturize our skin and get a healthy skin. Huhu. Nak cantik kena rajin dan konsisten.



No comments:

Post a Comment