Sebut tentang perkahwinan, ia penuh dengan gambaran yang indah-indah sahaja. Sesungguhnya ia sangat indah. Perkahwinan adalah perkongsian. Dan dalam sebuah perkongsian yang indah ini sudah semestinya kejujuran adalah perkara yang utama. Jujur dengan diri sendiri, jujur dengan pasangan.
Perkahwinan bermula dengan berdua. Kemudian datang yang ketiga dan keempat atau mungkin lebih? Itu ketentuanNya. Saya dan dia sedar akan perkara ini dan selalu saling ingat mengingati. Disebabkan itu juga, kami berdua sedaya upaya menyediakan diri untuk menghadapi hidup yang baru. Fizikal, emosional, spritual, kewangan semuanya sama penting. Kami juga sentiasa berdoa agar Tuhan memberkati kami serta perkahwinan yang bakal dibina tidak lama lagi. Ini kerana langit tidak selalunya cerah, kadang mendung, kadang lebat mencurah-curah. Tapi apa yang boleh kami lakukan adalah berusaha dan berdoa, semoga Tuhan kurniakan kami kehidupan yang baik. Amin.
How am i gonna do it?? Dengan abang, adik yang pernah tidur sebantal, makan sepinggan lagikan bergaduh. Inikan pula seseorang yang baru setahun dua saya kenali. Mungkin kerana inilah ada pepatah sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. You can pretend to know him in and out but you cannot deny that there are a lot of things that you do not know yet. Here's come patience in life.
Akhir kata, saya tidak pernah terfikir perkahwinan sebagai sebuah penjara. Tetapi kalau penjara itu indah seperti yang digambarkan Dr.Faisal Tehrani, saya rela mencampakkan diri saya kedalam penjara itu.
No comments:
Post a Comment