Saturday, 23 February 2013

vitamins & women

Sekarang tengah fikir-fikir nak ambil vitamin dan supplemen apa nak bagi sihat sikit. Sejak masuk kerja ni, rasa letih sangat dan tak cergas sangat. Tak tahu la memag badan perempuan lepas bersalin memang macam ni ke atau badan memang dah kurang cergas. Yelah..3 bulan cuti bersalin, lebih banyak duduk rumah dan kurang berjalan. So, badan lemau..hehe.

So i'm thinking to take vitamins. At the moment, saya ambil Jamu Mak Dara Gold. Masa mula makan, ada juga rasa sihat dan cergas sikit. Badan pun rasa panas je..which is elok la kan untuk perempuan dalam pantang or baru habis pantang. Tapi bila dekat-dekat nak habis sebotol ni..macam dah tak rasa sangat je kesan die. Maybe dah immune kot. That is why i'm thinking of taking vitamins.

Jamu Mak Dara ni kita ambil sebelom makan, maybe  untuk effect kurus kot, 


Maybe nak ambil vitamin B-complex and vitamin C. Evening Primrose Oil (EPO) mungkin tak kot. Sebab pernah ambil sebelum kawin dulu..and guess what, berat badan saya bertambah. Memang la disaster..sebab dahla nak kawin. Tak pasal-pasal kena gigih exercise dan diet..hehe. So, EPO tak nak la because it effects your hormones. And i prefer Blackmores, no specific reason..saja je.

Friday, 22 February 2013

options

Kalau ikut hati, nak aje tinggalkan Inas dengan MIL. Boleh MIL jaga Inas dan takdelah risau sangat sebab MIL sendiri yang jaga. Yelah, macam- macam yang kita dengar kes kat nurseri. Even ambil maid kat rumah pun boleh jadi kes. Risau dibuatnya.

Tapi Inas buat perangai malam-malam tak nak susu botol, so...macam mana la nak tinggalkan dengan MIL. Sebabnya kalau nak tinggalkan dengan MIL, weekend baru ambil Inas. That means malam-malam Inas kena tidur dengan MIL. Tapi malam-malam die tak nak botol. Huwaa...

So, Inas Dahlia..mummy have no choice rather than sending u to nursery. Just hope u will be okay. Please behave ya dan dijauhkan dari perkara tidak baik. Amin.. :) 

New skill..hisap jari (or tangan actually)


Sunday, 17 February 2013

Collagen Dust

Ada suatu hari bila tiba-tiba husband tanya..

Husband: kenapa muka awak macam dah tak kolagen?

Saya: ..speechless.. (what??!!)

Saya memang speechless sebab i didn't expect him to ask that kind of question! I do not know what to reply to him. Dalam kepala cuma terpikir, buruk sangat ke muka aku..?? 

After a while baru la saya cakap saya memang tak makan kolagen sebab saya breastfeed Inas and then sebelum tu pun 9 bulan saya tak ambil kolagen langsung bila mengandungkan Inas. Sekarang saya cuma campurkan kolagen ni dalam moisturiser saya je. And of course la kesan die tak sama macam makan kolagen. But it still works.



sebab tak boleh makan, just put in your moisturiser..huhu..

Husband..husband.. Kalau lelaki tu lelaki jugak..hehe..

Memang la ada rasa nak cantik gebu macam masa ambil kolagen dulu tapi sebab memikirkan Inas, i think twice. Inas comes first :)  

Saturday, 16 February 2013

busy mum

I am a busy mum. This blog have been abandoned for quite a long time. And i miss writing and share whatever i think (at least for me) is interesting. Bila jadi seorang ibu, memang la tersangat sibuk dan letih. Sepanjang maternity leave 3 bulan, saya rasa it is tough to be a housewife! Tambah-tambah kalau ada anak kecil. Baru tahu bukan senang nak jaga anak, apatah lagi membesarkan anak.

Tapi bila dah jadi ibu ni, entah dari mana datangnya kekuatan pun saya tak tahu. Maybe itulah nature seorang ibu kot. Siapa yang jadi ibu tahulah apa yang saya maksudkan. Semoga Allah akan terus kurniakan saya kekuatan serta kesabaran untuk membesarkan Inas :)

p/s: rasa aman rumah bila Inas tido, tapi kalau Inas tido lama sangat, rindu pulak kat Inas. Peliknya bila dah jadi mak ni kan..haha :)


time flies

Its 2013 already.

 Rasa macam sekejap je masa berlalu. Sebab terlalu sibuk memikirkan kandungan dari satu bulan ke satu 
bulan, tak terasa pun atau perasan benda-benda lain yang jadi. Haha.. Tahu-tahu je baby dah pop out.

Tadaa..!!


Nur Inas Dahlia Bt Muhd Izwan
This picture was taken when she was 7 day old. 

Her birth story or kronology was a bit 'carca-marba', macam-macam hal..huhu. Rasa lawak pun ada.
But of course..it was a 'cobaan..' Semuanya sebab tarikh EDD yang mengelirukan. Ditambah dengan diabetic masa mengandung, pertambahan berat badan yang drastik, masuk wad keluar wad.  

Macam mana orang lain saya pun harap untuk bersalin normal tapi dah baby nak keluar ikut tingkap 
jugak, what to do..huhu.. Takpelah..as long as baby keluar sihat, alhamdulillah.. So, have to wait at 
least another two years for another baby :) 

Masa Inas baru je keluar dari perut tu, lepas cuci sikit nurse terus bawak dan tunjukkan Inas kat saya. 
Dan saya macam..

"betul ke ni baby aku??"

 "kenapa sepet sangat mata anak aku??" 

Haha..

Tapi sekarang tak sepet dah and she is just like her ayah. 

Anak ayah la katakan..:)


Wednesday, 21 November 2012

BE POSITIVE



Always try to be positive no matter what may comes in your way.


Email: littleprincess_diana@yahoo.com
Hp: 013-335920

Monday, 5 November 2012

HENDAK SERIBU DAYA

Allah tidak akan mengubah nasib seseorang, melainkan dia sendiri yang mengubahnya.. It is very true. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Walaupun macam tu, ramai diantara kita yang nak macam-macam, tapi alasan juga macam-macam. Lumrah kehidupan manusia. 

Walaupun macam mana pun, bila kita nekad hendak mengubah hidup..pasti akan ada jalan untuk kita. Yang penting kita jangan putus semangat, contohi orang yang berjaya dan rajin berusaha. Jangan ingat orang yang berjaya tu, semuanya goyang kaki..bukan macam tu yea... Hidup sentiasa ada cabarannya, kalau tidak bukan hidup namanya.

Dan saya rasakan perubahan hidup tak pernah mustahil dengan menjalankan perniagaan. Ramai yang dah buktikan. So..apa yang kita tunggu lagi. Masa tak pernah pun menunggu kita. Setiap hari umur kita makin meningkat. Komitmen bukan makin berkurangan, malah makin bertambah. Tapi itu adalah sebahagian daripada kehidupan kita. Just go with the flow and mengambil apa sahaja peluang yang ada untuk kita tingkatkan taraf hidup kita. 

Dalam bisnes Premium Beautiful ini sendiri pun ramai yang dah buktikan yang bisnes ni memang boleh membuahkan hasil. 

Effa and E :)
Effa, the one on the left, salah seorang business partner dan juga mentor saya. Asalnya Effa hanya kerja sebagai kerani Gred 17. Tapi sekarang Effa dah pun retired dan fokus kepada bisnes and she is the next CDM, iaitu pangkat tertinggi dalam bisnes Premium Beautiful dengan income sekurang-kurangnya 5 angka. Siapa sangka kan.. Kalau Effa dah berjaya buktikan, sekarang giliran kita pula untuk mengikut jejak langkah Effa. 

E pula my direct leader yang banyak memberi tunjuk ajar, but of course ilmu untuk dituntut takkan pernah habis. Dalam bisnes, kita kena la ada ilmu, baru boleh berjaya. Macam mana nak berjaya dengan otak dan tangan kosong kan. Dan, saya sendiri tak pernah kenal dengan E or Effa sebelum ni. We just know each other from FB and phone je. I've met E few times and looking forward to meet Effa pulak lepas ni and also the other business partners.

Hanis Haizi
Hanis Haizi memang salah seorang figure dalam bisnes Premium Beautiful yang tak perlu nak diperkenalkan lagi dah. Semua orang adore her and want to be like her. She also started from zero and now look where she is. Hanis pun dulu just an ordinary housewife je.

All i can say is that life transformation is never impossible with Premium Beautiful. Semuanya bergantung kepada niat kita dan sama ada kita betul-betul nak atau tidak. That's it, full stop. Kalau kita mahukan kehidupan yang lebih baik, eloklah mulakan dari sekarang, sementara kita masih ada kudrat untuk dikerah. Sebab masa muda la untuk kita bekerja kuat, beri kesenangan kepada keluarga dan kepuasan kepada diri sendiri. 

WITH PREMIUM BEAUTIFUL, EVERYTHING IS POSSIBLE.
TOGETHER WE ACHIEVE MORE. 


Lets PM me for more details and be my business partner.
Littleprincess_diana@yahoo.com
or
013-359200