Langkah pertama yang saya aturkan saya iringi dengan Bismillah. Semoga apa yang diniat didalam hati dipermudahkankan. Saya cuma berpegang dengan kata-kata semangat..kalau tidak dari orang lain, saya sendiri akan memberi semangat kepada diri sendiri.
Untuk konsisten positif bukanlah mudah kerana kita sudah biasa hidup dengan kata-kata "tak pelah..", ''nanti lah.." dan macam-macam lagi. Kita seronok berada dalam zon selesa kita sebab itu lebih menyenangkan dari membuatkan diri menjadi sibuk.
Tapi sampai bila?? Pepatah sediakan payung sebelum hujan, selalu kita dengar. Tapi kita ada ke payung yang akan memayungi kita bila kita basah nanti. Kalau kita hidup seorang, mungkin payung tu muat untuk payung kita..tapi kalau kita hidup berdua, bertiga atau berempat? Mana cukup ruang payung tu...
Lebih baik untuk berusaha sekarang, sementara masih muda dan kudrat masih lagi kuat..dan bersenang dikemudian hari. Daripada hidup selesa dan bersenang-lenang sekarang dan bersusah payah dihari mendatang. Banyak bezanya...
Tanamkan niat, berusaha dan konsisten dengan apa sahaja yang anda suka. InsyaAllah..mesti ada jalan. Lambat atau cepat, rezeki pasti datang. Yang penting usaha mesti ada. :)
No comments:
Post a Comment