Thursday, 6 March 2014

Hari Tanpa Handphone.

Hi.

No handphone ringing today.

Tertinggal handphone dirumah dan rase macam mimpi.
Ish..takkan la tertinggal handphone.. 
Selongkar beg sampai 2,3 kali sebab tak percaya handphone tertinggal.
Okey..memang takde, tertinggal.

Dengar bunyi msg. 
Eh, handphone aku ke?
Selongkar beg lagi..memang takde.
Rupanya bunyi msg hp ofismate.

Okey,terima hakikat memang takde. Tertinggal kat rumah. 


Aiyoo..manusia zaman sekarang. Terlalu obses dengan handphone kan. (cakap kat diri sendiri jugak sebenarnye..hehe). Kan ke aman dunia bila takde bunyi ringing. Boleh buat kerja tanpa diganggu oleh bunyi call, whatsapp, wechat, msg dan sebagainye.. 

Psiko diri sendiri. 

okey.

Bye.


Anak memilih dan sukar makan.

Assalamualaikum..

Inas Dahlia ni kenapa tak makan?

Cepat makan.
(sambil cuba suap makanan)

Sikit je Inas. Sikit je....
(sambil cuba sedaya upaya suap makanan kat Inas yang menutup mulut rapat-rapat)

Last-last...
.
.
.
.
.
.

Tak makan sudah la.
Penat mummy masak.

Time ni memang marah campur geram.
Pernah untuk dinner je saya buatkan 3 jenis makanan untuk Inas. Tapi satu pun die tak nak makan. Ya Allah..! Betul-betul menguji kesabaran ni..sabor je la. 
Tarik nafas dalam-dalam.
Sabor.
Anak kecik memang akan datang time macam ni.
Lain budak lain pe'el nye.


mummy nak bunga..?
melting...:)




Anak sukar untuk makan, memang perkara biasa. Tapi ibu bapa yang nak membiasakan diri dengan keadaan camtu memang...mencabar kot. Yelah risau, malam-malam anak lapar, nanti kurus keding tak comel..badan anak tak cukup nutrien..macam-macam lagi la. 

Just for sharing..

Tapi sebenarnya, kekurangan berat tak bermaksud anak korang tu kurus. Sebab sesetengah budak memang secara semulajadinya bertubuh kecil. Dan kanak-kanak yang bertubuh besar, chubby rase nak cubit-cubit pipi die tu, tak semestinya cukup zat makanan. So, kuantiti makanan tak melambangkan tahap kesihatan anak tu. Haa..lega sikit rase ni. So, kalau nampak anak korang tu aktif dan bertenaga..tumbesaran die pun normal je, anak korang sihat je sebenarnya walaupun die makan sikit je. Tapi anak tak nak makan atau makan sikit dan nampak lesu, layu je..cepat-cepat gi doktor check okeh. 

Inas Dahlia, saya perasan die start memilih makan masa cukup umur die setahun. Kalau sebelum tu..makan tak pernah cukup..bertambah-tambah. Hehe. Siap menangis mintak nak lagi. So, sekarang ni apa yang saya cuba buat adalah..make some variety in her meals. Setiap hari makan bertukar menu. Nasi, pasta ( spagetti, macaroni), kueyteow, makanan bersup. Jenuh menggoogle resepi dan tanya kawan-kawan. 

Ini tips untuk menggalakan anak untuk makan:
  • Beri anak makan dalam keadaan tenang dan bukan marahkan anak setiap kali dia enggan makan. ( ni memang mencabar betul, tarik nafas dalam-dalam...)
  • Sediakan sendiri makanan dan bukan dibeli dikedai yang belum tentu berkhasiat ( ni saya setuju, kalau masak sendiri, kita boleh kawal garam dan tak perlu nak letak serbuk perasa)
  • Pastikan seisi keluarga makan bersama-sama. (kes saya lain, saya akan tunggu dan tengok Inas makan sampai habis, baru la saya dan husband akan makan)

Ni pulak antara sebab kenapa anak tu susah nak makan:
  • Bermasalah dengan gigi
  • Bosan dengan makanan
  • Terlalu banyak bermain
  • Tiada kawan untuk makan bersama-sama (patut la Inas kat taska makan banyak)
  • Ibu bapa paksa mereka menghabiskan makanan ( aku pun kdg2 camni gak, risau anak lapo malam-malam) 
Sekarang baru tahu..bila anak dah makin besar ni, macam-macam perangai. Nak bagi makan pun payah dan kena usaha lebih. Nak buat macam mana..anak...hehe. Tak sabar nak tunggu Inas banyak gigi, boleh die makan macam-macam lagi. 


~~~~~~~~~~

Actually Shaklee pun ada supplemen untuk meningkatkan selera makan anak, Mealshakes. Ianya boleh diberikan kepada kanak-kanak seawal umur 1 tahun. Banyak khasiat Mealshakes ni:

  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama sprt protein, fiber, mineral serta kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • Meningkatkan selera makan anak :)
  • menangani masalah sembelit pada kanak-kanak.
  • Meningkatkan imun badan anak.
  • Bagus untuk kanak-kanak yg mengalami obesiti.

Sila email saya jika berminat untuk cuba Mealshakes ni :)

Bye.

Tuesday, 7 January 2014

Alfalfa: Raja tumbuhan.

Assalamualaikum...

Hai...

Pengumuman..pengumuman...!

Bulan ni ada promo Alfalfa Shaklee.



Kalau berminat nak cuba Alfalfa atau nak tambah stok Alfalfa korang, elok la beli bulan ni sebab bulan ni ada promo. So, ibu yang menyusus anak tu boleh la tambah stok bulan ni. Huhu. Boleh jimat sikit.

Alfalfa ni memang best okeh. Sebab dalam kebanyakan set Shaklee, mesti ada Alfalfa. Contohnye dalam set slim ( Lecithin + Alfalfa), set resdung ( Alfalfa + B comp + Vita C). Alfalfa ni juga dikenali sebagai Raja segala tumbuhan sebab Alfalfa ni memang banyak sangat kebaikannya. 

Antara kebaikan Alfafa ni adalah:

  • Merawat keputihan
  • Mengurangkan masalah kencing tidak lawas
  • Mengurangkan sembelit
  • Menyokong penyusuan
  • Melawan alahan (resdung/eczema)
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan


Berminat, whatsapp atau email saya okey.
Confirm harga terbaik yang sangat murah.
Free consultation dan juga ada free gift!

013-3359200
littleprincess_diana@yahoo.com



Monday, 6 January 2014

Inas tukar taska.

Assalamualaikum...

Hai...

Hari ni Inas Dahlia tukar taska. Hmm..wondering how is she doing. Fortunately the owner is my own office colleague. Dia kata masa dia sampai ke taska, Inas terkedek-kedek ke sana ke mari dengn dua-dua belah tangan pegang mainan. Hehe. Sabo je la anak aku sorang tu.

Tapi as long as she is okay, mummy lega dan takde la nk susah hati. Huhu. Tapi rasanya Inas ni jenis senang nak adapt kot. She looks friendly walaupun mulut jenis diam. Pegi mane-mane pun asal ada budak sebaya or tua sikit drp dia, sibuk nak pegi berkawan. Kadang-kadang budak lain pulak takut dengan dia. Hehe. Tapi mulut senyap..tak berbunyi.

Nape tukar taska? Tahun baru, yuran pun baru. End up terpaksa tukar taska. The increment is quite high. Naik mendadak sangat. Kalau setakat RM10 ATAU RM20, still boleh terima. Tapi kalau dah mendadak naiknye, terasa jugak la kan. 

Apa-apa pun, first day kat tempat baru, Inas is doing fine. Alhamdulillah..


Friday, 3 January 2014

Cara minum ESP Shaklee.

Assalamualaikum...

Hai...

Semua orang dah tahu kot yang ESP ni adalah antara produk Shaklee yang BEST SELLING & HOT DEMAND. Ramai yang suka minum ESP. Dahla sedap, banyak khasiat dan kebaikan pulak tu. Saya sejak minum ESP, tak risau dah asyik nak lapar atau lesu sepanjang hari.

Kalau dulu, balik keje mesti melepek baring. Tak larat nak main-main dengan anak dah sebab rasa macam penat sangat. Padahal bukan keje angkut batu pun. Tapi letihnya mengalahkan orang buat rumah. 

So, disebabkan ramai yang suka ESP ni, hari ni saya nak kongsi cara saya minum ESP. At least can give you guys some ideas macam mane nak minum ESP :).

Antara resepi ESP saya:

1. ESP + susu Nespray

2. ESP + susu Ducth lady

3. ESP + Horlicks

4. ESP + Milo



Selalunya saya akan minum 2 kali sehari, pagi dan petang. Sukatan dia saya suka letak 1 sudu ESP dalam susu. Bancuh dalam shaker supaya ESP dalam larut dalam susu dan tak berketul-ketul.

Elakkan bancuh ESP dengan air panas supaya khasiat dia tak hilang. Dan jaga ambil ESP lebih daripada 3 sudu sehari okey. Maksimum 3 sudu. So, kalau minum dua kali sehari, sekali minum paling banyak 1 1/2 sudu ESP.

Tapi yang paling saya suka mesti la ESP + susu Nespray. Tapi masa mula-mula minum dulu saya campur dengan Yougurt Bliss. Sebab actually saya tak suka susu or susu soya. Tapi sebab nak juga rasa kebaikan ESP, saya minum dengan yougurt drink. Boleh tahan la rasa dia. Tapi bila cuba minum dengan susu Nespray, alamak...tersedap la pulak..hehe. So, sampai sekarang saya suka campur dengan susu Nespray.

Saya paling suka minum ESP ni sebab dia boleh buat kita tak lapar. Bila tak lapar kurang la makan dan dapat maintain diet. Huhu. Memang bonus sangat untuk sesiapa yang nak jaga berat badan tu.


Berminat nak cuba ESP?
Whatsapp je..
013-3359200


Thursday, 2 January 2014

Azam. 2014.

Assalamualaikum...

Hai...


Its 2014!!

Apa azam awak-awak semua?

Nak turunkan berat badan dan dapatkan berat ideal?



Nak kulit cantik, sihat dan glowing serta bebas jerawat, jeragat?



Nak lebih sihat dan cergas?



Nak tambahkan zuriat?

ni baby demok saya tangan ketak-ketak..hehe..


Nak rambut sihat?


Apa-apa sahaja azam korang yang berkaitan dengan kesihatan, boleh la email kita. Kita akan suggest set Shaklee yang sesuai untuk korang. Jangan risau harga confirm terbaik :). Siap consultation jadual pengambilan supplemen dan juga ada free gift..yayyy!!

Email
littleprincess_diana@yahoo.com

Whatsapp
013-3359200

Pneumococcal.

Assalamualaikum...

Hai...


Lately saya tengok ramai yang post pasal Pneumococcal kat Fb. Tak kurang jugak ramai yang tak tahu pasal vaksin Pneumococcal ni. Saya pun tahu pasal Pneumococcal ni pun dari ofismate yang ambil suntikan ni untuk anak dia. So, memang dari awal lagi saya dah aware pasal vaksin ni dan decide nak bagi suntikan ni untuk Inas Dahlia. So far, Inas dah ambil 3 suntikan, tinggal lagi satu suntikan. Sebab overall ada 4 dos semuanya.

Bila baca blog ibu kepada Aqil yang meninggal disebabkan virus Pneumococcal tu, sedih sangat. Memang kita tak tahu bila penyakit nak datang. But if there's a prevention, why not? Memang hospital kerajaan tak bagi suntikan tambahan ni, kena ambil di klinik atau hospital swasta. Biar la keluar duit sikit, untuk anak..apa la yang nak berkira sangat. Macam saya, sekali cucuk RM 200, tak tahu la kalau ada yang lebih murah kat tempat lain. Tapi sebab klinik ni dekat je dengan rumah, so, kitaorang memang ambil suntikan tu kat situ je.

Bercakap pasal Pneumococcal ni, vaksin Pneumococcal ni diambil untuk melindungi kanak-kanak bawah umur 5 tahun dari virus Pneuococcal. Sebabnya virus Pneumococcal ni adalah virus yang memang common dikalangan kanak-kanak dibawah umur 5 tahun dan boleh membawa kepada kematian di US. Dan lagi teruk virus ni jugak boleh menyebabkan penyakit yang merbahaya seperti Meningitis dan juga jangkitan telinga dikalangan kanak-kanak dan juga bayi.

Bakteria yang menyebabkan Pneumococcal ni dipanggil Strepcoccus Pneumoniae yang biasanya terdapat di bahagian tekak (back of the throat) dan juga hidung (mucus liningof the nose). Bakteria Pneumococcal ni boleh tersebar atau menjadi jangkitan melalui batuk atau bersin. Penyakit seperti Meningitis atau Pneumonia boleh jadi lepas beberapa hari lepas jangkitan. So, maksudnya bakteria ni memang boleh merebak dengan cepat. Maybe itu lah yang terjadi kepada arwh baby Aqil. Wallahualam..

Prevent is better than cure, right? So, kalau dah ada cara untuk prevent, why not kan. Selain dari tu kita hanya boleh berdoa la untuk kesihatan anak kita, semoga diberikan kesihatan yang baik :)




Inas pun dah complete 4 dos vaksin Pneumococcal dia. Lega...hehe. Tapi tak tahu la bekas kena cucuk tu selalu merah macam nak lebam. Mungkin dos dia kuat kot. Tapi nangis kejap je..keluar dari bilik doktor, dah tak nangis dah..huhu. 
Heroin mummy :) 



Okey, kite dah habis cucuk :)

Huhu..

Bye.



Wednesday, 1 January 2014

2014.

Assalamualaikum..

Hai..

Selamat tahun baru 2014. 

Apa azam tahun baru ni?




Friday, 27 December 2013

Atasi masalah rambut gugur.

Assalamualaikum..

Hai..

Post kali ni pasal rambut gugur. Sape yang rambut die tak pernah gugur. Cuba bagitau saya. Saya pun sebelum ni dah beberapa kali rambut gugur. Dah tu lama pulak baru nak okay balik. Dalam masa rambut gugur tu, rimasnya tak boleh nk cakap. Bukan sebab apa, sebab rambut merata-rata dunia. Amboii ayat..hehe. Takde la, maksud saya merata-rata rumah. Kalau menyapu tu, memang menyapu rambut, bukan menyapu sampah. Baru 5 minit sapu, jap gi mesti ada lagi. Haa..sakit hati tak?? 

Tu belum kira rambut yang gugur masa mandi. Sedih tengok rambut..rasa macam nak botak dah kepala ni. T_T. Shampoo, hair treatment, serum, tonik takyah cakap la kan. Pantang untuk hair fall je mesti nak beli. Hehe. Bersusun-susun la shampoo dan hair treatment dalam bilik air.

Bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin, masalah keguguran rambut tu maybe normal. Memang biasa berlaku. Tapi macam saya bukan immediately after delivered tapi dah lepas beberapa bulan, 5,6 bulan camtu baru perasan rambut start gugur. Huu...kesian rambut. 

Tapi jangan risau, kalau shampoo dah tak berkesan, jawpan die adalah penjagaan dari dalaman. Takde yang lain dah. Tak guna bazir duit beli produk macam-macam, ambil supplemen dan mulakan penjagaan dari dalam. 

Ini la sebab kenapa saya suka Shaklee. Sebab die boleh cater macam-macam masalah korang. Hehe. Kalau untuk masalah rambut gugur, boleh la try set rambut gugur Shaklee. Set ni ada supplemen yang sesuai untuk merawat dan membantu masalah rambut gugur. 

Set rambut gugur Shaklee:
1)Vitalea
2)Zinc
3) ESP

Kalau untuk penjagaan luaran, ada shampoo prosante, produk Shaklee jugak.

So, apa lagi..jom la cuba set ni. Lagi lama biarkan rambut gugur, lagi stress dibuatnya. Walaupun kita ni pakai tudung tapi rambut pun kena jaga jugak yea. Macam saya rimas tengok rambut gugur. Stress betul. 

Bila dah consume set ni, ambil secara konsisten..In sha Allah, korang pun akan nampak kesan yang positif macam saya. Tak percaya? Macam mana nak percaya kalau belum cuba, kan? 

Email saya
littleprincess_diana@yahoo.com

Whatsapp
013-3359200

Sekarang still lagi harga Year End Sale tau!
Cepat yea.




Elianto BB cream & lipstick.

Assalamualaikum..

Hai..


Baru-baru ni saya ada beli BB cream baru sebab BB cream yang lama dah nak habis. Lepas 2 tahun pakai Maybelinne BB cream, kali ni tukar pulak la. Decided untuk try Elianto BB cream :). So, saya beli Elianto Miracle Multiplex BB Cream. 


Ada SPF 25.
Oil Control dan
Moisturizing and brightening effect.

Normal price RM49 tapi masa saya beli ada 15% diskaun..huhu. Range multiplex ni ada 2 jenis:
1)Moisturizing and brightening
2) Moisurizing, whitening, anti-wrinkle and firming


Ini adalah serba sikit dari pengalaman or my review la using Elianto BB cream. Saya pilih kod no.2, untuk natural skin tone. Bila sapu memang warna die sangat akan-akan kulit saya. Takde la effect putih melepak yang pelik. Hehe. Senang nak sapu, cream die cepat absorbed. Tapi saya rase saya pakai agak banyak, sebab litupan die sangat nipis. Rase macam kalau pakai sikit tak cukup je.Hehe.Tapi saya rase bagi yang takde masalah pori besar macam saya, pakai sikit je dah cukup.

Yes, i have big pores.Kesan dari jerawat masa zaman sekolah dulu. But, now its getting better. With the right skincare and supplemens. It helps :)

Apa-apa pun saya memang suka la BB cream ni, menyesal tak cuba dari dulu lagi.Hehe. BB cream ni pun ada banyak jenis,ada untuk kulit berminyak, hydrating and age renewal. So, pasni boleh cuba yang untuk anti-wrinkle pulak..al maklum la..lagi 2 tahun nak masuk 3 series..Hehe.. 

Dah alang-alang pegi Elianto, takkan beli satu barang je kan. Perempuan..memang rambang mata kalau masuk kedai macam ni. Huhu. Sempat grab a lipstick. 




Elianto Star Rich Rouge.
Kod A02. 
RM 29.

Lipstick ni die matte finish. Bila pakai saya akan sapu sikit lipbalm supaya takde la matte sangat kan. Kalau rase kering pulak bibir ni. 

Okay, that's it untuk shopping make up kali ni. Hehe. 

Bye.



Thursday, 26 December 2013

Lama menyepi.

Assalamualaikum..

Hai..


Maaf la lama menyepi. Tak sihat actually. Jangkit dari anak kot. Anak dah sihat, mak pun batuk macam nak keluar anak tekak. Sabo je la.. Pegi jumpa doktor nak ambil ubat, doktor cakap asthma. Hah! Asthma??! Tak pernah kena asthma dari kecik sampai la dah jadi mak orang ni boleh pulak kena asthma. Kena nebulizer macam Inas Dahlia. Hehe. Baru la rase lega sikit. But still batuk lagi.

Dah 2,3 minggu jugak tak sihat sebenarnya.Dapur pun lama tak berasap. Sian la husband kena tapau kat luar. Baru 2,3 hari lepas rasa sihat sihat dan rase nak memasak.Sempat buat nasi ayam, cilok resepi dari Keknis@Hanis Zalikha. Sedapp!!

Beberapa malam lepas, untuk dinner masak telur hancur kicap and sambal ikan bilis je. Tapi husband and anak makan macam tak cukup. Sedap katanya walaupun simple. Hehe. Kembang sekejap. Sian la husband dah lama kita tak masak untuk die. 

Harap-harap cepat la sihat. Nextweek akan habiskan cuti tahunan. Oohh..bestnya dapat rest dirumah. Tak mau la batuk and tak sihat sume. Dah nama pun cuti..of course la nak berjalan kan. Huhu..


Wednesday, 18 December 2013

Ke arah kulit lebih sihat. Part 2.

Assalamualaikum..

Hai..











Selagi ada anak kecik, memang tak dapat nak dapat mata tanpa eye bags.
Itu normal.


Bye.
:)

Ke arah kulit lebih sihat.

Assalamualaikum

Hai..


Tajuk entry hari ni macam feeling jelitawan sangat. Hehe. Xpelah..semua orang suka cantik kan.. Kalau tak, takde la.."macam cantik jew..macam comel jew.." Hehe. Gurau je. But that sentence macam famous je sekarang ni.


Semua orang nak kulit sihat. Bukan ape, senang keje kita bile ada kulit yang sihat ni. Tak payah bazir beli alat makeup macam-macam, tak payah tepek makeup tebal, jimat masa bersolek.. Lagi untung dapat kuar bare face. Bestnya..huhu

Dan nak dapatkan kulit yang sihat, tak cukup dengan penjagaan luaran sahaja. Mesti rawat dari dalam dulu. Sebab tu la kite perlu amik supplemen yang sesuai untuk merawat kulit kita dari dalam. Bila nak sihat, maintain dengan penjagaan luaran. 

Saya suka Shaklee sebab die memang dah ada set skincare yang bagus untuk merawat kulit. 





ESP
Mencerahkan kulit. Soya semua orang suka. Masa pregnant mesti nak minum, sebab nak bagi anak putih. Huhu. So, kalau korang nak cerahkan kulit, taknak kulit kusam minum la ESP. Saya nampak kesan ESP keatas kulit saya seawal 5 hari je. Memang terperanjat kot..hehe..tapi mesti la seronok.

Vita E Complex
Bagus untuk merawat parut-parut macam parut jerawat or ape-ape parut la. Tapi kalau dah makan vita E ni, bukan saja parut dimuka, satu badan pun boleh hilang parut. Bila dah takde parut, minum pulak ESP..memang lagi gebu la kulit.

Vita C
Soalan saya, kenapa agakye artis-artis suka cucuk vitamin C ribu-riban. Jawapan die mesti la sebab nak kulit gebu, putih dan cantik. Tapi kalau nak cucuk mahal, bukan boleh cucuk sekali dah putih melepak, gomak. Mesti banyak kali baru boleh nampak hasil die. So, telan je vita C sustained released ni. Effect die sama macam cucuk tau.

B complex
Antara artis yang mengamalkan B complex adalah Datin Norjuma. Sape tak kenal sape die, memang tak tahu la nak cakap ape. Cantik ke die tak cuba korang Google. Baru korang tahu effect mengamalkan B complex macam mana. Datin Norjuma adalah contoh terbaik sebab beliau mengamalkan B complex sejak kecil lagi.



Okey tak explanation saya?Kalau okey boleh la email saya eh. Nanti saya bagi free consultation cara nak ambil vitamin dengan betul.
Harga mesti la yang terbaik. Kalau tak puas hati boleh cuba compare dengan orang lain :)


littleprincess_diana@yahoo.com




Di larang menjerit.

Assalamualaikum..

Hai..

Di larang menjerit....di rumah, especially depan anak.
Saya rasa ini adalah satu satu perkara penting bila anak tengah membesar. Jangan jerit pada anak. So, ini adalah rules dirumah saya. Tak boleh jerit pada Inas Dahlia walau macam mana nakal, buas or aktif nya Inas Dahlia. 

Menjerit pada anak..apa ntah lagi menjerit dengan nada marah ada banyak kesan pada anak. Especially kesan psikologi. Anak yang setahun lebih walaupun nampak kecil tapi hakikatnya, die dah boleh faham apa yang berlaku disekeliling die. Kite sedih, marah atau tak happy..anak boleh faham perasaan kite. 

That is why, kalau kite marah sampai menjerit pada anak kite, it is not good for their psychological growth. Memang tak dinafikan bukan senang nak membesarkan anak. Dan kadang kala ianya sangat mencabar kesabaran, but just take a deep, full breath and sabar. In sha Allah, takde la kejadian nak menenking anak kecil. Even nanti anak dah besar pun, takde la kite terbiasa asyik nak menenking.

Kenapa tak boleh jerit pada anak? Ini adalah pada anak kecil jeritan daripada orang yang paling rapat dengannya adalah sesuatu yang menakutkan. Sebab bile kite jerit pada anak kite, anak kite akan rase keliru sebenarnya kita sayang ke tak kat die. Bile agaknye kite takkan jerit or bile agaknye yang kite akan jerit kat die. So, she will start to feel confuse.

Antara kesan lain adalah anak akan mudah berasa rendah diri atau tiada keyakinan diri. Mesti kite semua taknak anak kite jadi camni kan. Nanti end up anak kite akan jadi dependent dan pendiam. Anak-anak ni tengah nak membesar, so let them be. Sambil-sambil biar dorang expore, kite monitor la ape yang tak patut tu kan. Tapi nak mengajar anak bukan dengan cara menjerit pada anak. That is the wrong way. Ada banyak lagi cara nak mengajar anak. Bab ni kena banyak membaca dan mencari jenis pendekatan apa yang sesuai dengan kite dan anak kite.

Satu benda yang selalu saya ingatkan diri sendiri adalah kalau kite tak suka dilayan sebegitu rupa, jangan layan anak kite macam tu. Because they are good imitator. Behave yourselves. Kalau nak dorang bercakap baik dengan kite, kite cakap baik-baik dengan die. It is a simple principle.

Yes, membesarkan anak memang perlukan kesabaran yang tinggi. Semoga kite semua dikurniakan kesabaran tu yea. 

Aminn..


Tuesday, 17 December 2013

Berjangkit.

Assalamualaikum..

Hai..


Apa cerita pasal berjangkit ni? Hehe. Takde la, Inas Dahlia dah makin sihat sikit. Agaknye ubat An-Nur tu berkesan kat die. Alhamdulillah.. Tak de la batuk teruk-teruk, kahak sume. Cuma ada sikit-sikit je lagi batuk and selsema sikit. 

And guess what, Inas is back to her S-26. Upgrade sikit, S-26 Gold. Berapa kali mau tukar susu daa.. But, i promise, ini last. Pasni Mummy tak tukar susu dah. Takde reason yang kuat sangat kenapa saya tukar dari Enfagrow kepada S26 Gold ni. Cuma pasal batuk die yang teruk tu je. Mula ingat nak try anmum tapi rasa S26 la since sebelum ni die minum S26. And there she go, S26 Gold. 

Bila anak dah makin sihat, mak bapak pulak yang tak sihat. Bapaknye batuk berdekah-dekah. Aikk..bukan ketawa je ke berdekah-dekah. Hmm..xpelah.. Tak tau macam mana nak bagi perumpamaan batuk yang teruk. And mummy demam on weekend. Ciss.. Demam sampai tak larat nak bangun pulak tu. It was weekend, hello..! And i was lying at home. Dugaan..penghapus dosa kecil. Baik lah...redha..

Dalam demam-demam tak semakin kebah semalam sempat jugak menapak ke Tesco beli barang rumah dan petangnya ke Alamanda cari dining set baru. Tapi demam punya pasal memang tak sempat jalan lama-lama pun. Dapat je dining set, terus ajak husband balik sebab tak larat sangat dah. Huuu..

Tapi hari ni bila kerja, sihat pulak. Ada sikit je demam. Baru ingat nak MC. Motif sangat kan..hehe. Time weekend demam, hari keje sihat pulak. Sabo je..


Friday, 13 December 2013

Coq 10 Shaklee.

Assalamualaikum..

Hai..


Dalam entry saya lepas, Disember ni Shaklee memang ada buat promosi untuk Omega Guard @ fish oil. So, sesiapa berminat boleh la dapatkan Omega Guard ni yea.

Hari ni saya nak share pasal Coq 10. Supplemen ni mungkin kurang popular sangat. Saya sendiri pun tak familiar sangat dengan Coq 10 ni. Tapi bile buat research sikit baru la tahu apa kebaikan supplemen coq 10 ni. 



Antara fungsi utama Coq Health plus ni adalah:
-Menjaga kesihatan arteri dan mengrangkan pengoksidaan.
-Mengurangkan pembentukan plak
-Membantu pengaliran darah yang bagus

Dalam kata lain, Coq Health Plus @ Coq 10 Shaklee ni bertujuan untuk menyokong kesihatan jantung kita. Malah Coq 10 ini juga sangat sesuai bagi orang yang sedang mengawal paras kolestrol. Sebab bagi orang yang sedang mengawal paras kolestrol, mereka selalunya mengalami simptom-simptom kelesuan dan keletihan. So, kalau consume Coq 10 ni lagi bagus untuk membantu mengatasi masalah kelesuan dan keletihan. 

Kaitan kekurangan Coq 10 dan masalah kesihatan selalunya dapat dikaitkan dengan penghasilan tenaga yang rendah atau fungsi otot yang lemah seperti kegagalan jantung, sindrom keletihan kronik dan juga migrain. 

Nampak macam sesuai untuk orang tua je kan bila sebut pasal kesihatan jantung kan. Tapi tak boleh cakap jugak, dah banyak kes pasal kegagalan jantung melibatkan orang muda. Yang latest calon SPM 2013 hari tu. Apa-apa pun mintak dijauhkan la dari segala penyakit, semoga Allah selalu kurniakan kita dengan kesihatan yang baik. In sha Allah.

Sebab bab menjaga kesihatan ni, sama la dengan menjaga kecantikan. Takkan nak tunggu tua baru nak jaga kan? So, jom dapatkan Coq Health Plus korang. Nak makan sendiri or nak hadiahkan kat parents pun boleh :)


Dan of course saya akan guide korang dengan jadual pengambilan vitamin dengan betul.
Lagi satu, harga yang special :)

Email
littleprincess_diana@yahoo.com

Whatsapp
013-3359200



Anak asyik demam malam. What to do?

Assalamualaikum..

Hai...


Hmm..macam mana lately saya selalu cakap Inas Dahlia asyik kurang sihat je. Jarang die macam ni, it has been 3 weeks now. Demam, selsema pun macam baru nak baik, batuk bekahak teruk sampai kena neb. Pastu demam die selalunya time malam, panas lak tu. Risau jugak sebab demam panas pada baby and kanak-kanak tak boleh diambil ringan. 

Saya pun tak tahu nape demam die malam je. Search kat google, jumpe blog Dr.Zubaidi. And he said, budak demam tu adalah petanda anak kita mengalami perubahan fisiologi yang disebabkan oleh faktor luaran seperti suhu panas, kurang minum air atau tubuh die sedang melawan jangkitan kuman, virus atau bakteria. Dan Dr.Zubaidi suggest Ear Thermometer lagi bagus kalau nak check suhu badan anak. So, nampaknya kena la gi beli satu sebab yang kat rumah termometer yang letak kat ketiak je. Mungkin tak cukup accurate.

Bila Inas merengek tengah-tengah malam, biasanya saya akan lap dengan wet towel, risau kalau nanti terlampau panas. Usually guna air paip je la..maybe sejuk sikit la sebab malam kan. Tapi rupa-rupanya Dr. Zubaidi suggest guna air suam supaya anak kite tak menggigil kesejukan. Okey, lepas ni kena tukar la guna air suam. 

Kalau bercakap pasal aktif, siang Inas still aktif sebab siang die tak demam. Tapi memang kurang makan. Hmm..what to do.. Risau la sebab lama sangat dah camni. Dah jumpa doktor sebab batuk die tu..rasa macam batk dah makin okey je but then kesihatan die still not get to normal totally lagi. 

Tengok la sehari,dua lagi kalau still demam panas malam-malam, kena bawak jumpe doktor lagi la nampaknye. Sian Inas Dahlia..


Thursday, 12 December 2013

Parentings tips. Avoid "no" to your children.

Assalamualaikum.. 

Bukan senang nak membesarkan anak. Bila dah ada anak sendiri baru tahu. Hehe. Banyak lagi ilmu parenting yang kita or saya sendiri belum master. Ini adalah salah satu perkara yang sangat dekat dengan kita dalam membesarkan anak. Suka cakap 'no' kepada anak. Betul tak?

Apa-apa pun to to avoid saying 'no' kepada anak kita adalah salah satu tips parenting yang sangat penting bagi saya.. Cuba elakkan berkata 'tidak' atau 'jangan' or 'no' la in English. Sebab saya rasa ini adalah kebiasaan kite sebagai parents selalu buat.
"Eh, jangan main benda tu.."
"Eh..tak boleh ni.."

Semua pun tak boleh kan. Kesian anak yang tengah membesar dan tengah nak explore a lot of things. Hmm.. So, cuba elakkan guna perkataan 'no' kepada anak adalah tips yang saya rasa sangat berguna sebagai parents. Lepas ni kena la beringat selalu dan cuba elakkan 'no' kepada Inas Dahlia.

Antara alternative yang kita boleh cakap pada anak kita bila dia buat something yang kita tak suka adalah, find an alternative.
Kalau biasa kita cakap..
"tak boleh main suis ni.."
gantikan dengan
"Okey..Inas main kat sini eh.." (sambil bawak anak ke tempat yang lain)

Ini contoh simple saya jela kan. Tapi alternative die lebih kurang camtu la.Huhu
So,lepas ni boleh la cuba tips ni yea. Harapnya anak kita akan membesar dengan lebih positif dan high self-esteem serta high self-confidence. Amboii..hehe..

In sha Allah..:)


Set Kesuburan Shaklee.

Assalamualaikum..

Hai..

Hari ni nak berkongsi mengenai set kesuburan Shaklee. Apa-apa pun ini adalah cara alternative atau pun usaha yang kita boleh lakukan untuk dapatkan zuriat. Semua rezeki dari Allah swt, tapi yang kena berusaha kita la. Ibu bisness saya, CPM Honey Nurhaliza pun baru saja hamil lagi anak ke 4, alhamdulillah. Dan beliau memang mengamalkan set kesuburan Shaklee bila beliau dah decide untuk mengandung lagi. 

So, korang pun boleh la cuba. Nak mengandung, nak kulit cantik..kalau secara dalaman memang lagi berkesan. Kena make sure badan kita sihat dan bersedia. In sha Allah..ada rezeki nanti :)

Set kesuburan Shaklee yang lengkap adalah untuk isteri dan juga suami. Usaha mesti kena dari kedua-dua pihak yea. 









Ini adalah dua set kesuburan yang sesuai untuk isteri dan juga suami. Jika korang beli, nanti saya guide cara pengambilan supplemen ni. Sebab kena tahu cara makan die juga yea. Bagi isteri kena tahu bila waktu subur dan saya akan suggest bila time yang sesuai untuk start consume set ni. Bila kena cara, In sha Allah..:)


Kalau nak cuba, boleh email saya
littlerincess_diana@yahoo.com

whatsapp
013-3359200






Wednesday, 11 December 2013

Playboy itu suami aku.

Assalamualaikum..

Hai..


Playboy itu suami aku. And of course bukan suami aku. Cuma tajuk drama terbaru yang ganti Mr. Arrogant. Tapi drama baru ni macam tak mengancam je. Tak tau kot-kot ada yang memang layan. Tapi saya tak..ada la tertengok,tapi macam...not my taste. Hehe.

Baik tengok drama Bukan Kerna Aku Tak Cinta. Huhu. Baru 2 episod..tapi macam best jew..



Jom layan drama.
:)