Tuesday, 30 April 2013

Anak Beranak.

Dah masuk 3 minggu jugak batuk Inas tak baik-baik lagi. Tapi nasib baik dah tak muntah macam hari tu bila batuk. Cuma kalau tido malam mommy la yang susah nak tido sebab bila Inas batuk je mesti mommy kena cepat-cepat jaga, tengok Inas. Bukannya ape..takut Inas muak or muntah susu..Inas kalau muak mesti habis keluar semua susu, risau takut termasuk dalam hidung pulak. Yes, i am a typical mom. Anak batuk sikit je..dah tergesa-gesa bangun. 

Last weekend went to child specialist. But according to the doctor nothing serious. Cumanya doktor cakap hidung Inas sensitif, that's why batuk die lambat baik and masih ada kahak. 

Hidung sensitif.

Hmm....

Terus je pandang Ayah Inas.

Patutlah susah sangat nak baik batuk Inas ni...Ayah la puncanya. Hehe. Hidung sensitif turun kepada anak. 
Tapi sekarang saya dah ada sebab untuk paksa Ayah Inas bangun jaga Inas malam-malam. Mommy pulak nak tido. Disebab Ayah, Inas pun hidung sensitif..so lepas ni kalau Inas batuk malam-malam, Ayah la kena bangun. Hehe. 

Tapi boleh ke Ayah bangun..? Tengah malam suruh carikan puting Inas pun payah. Gagau-gagau tak jumpa, terus tido balik. Memang tak jumpa la kalau gagau sambil tutup mata. Hehe. Last-last mommy jugak la yang kena bangun cari.

Thursday, 25 April 2013

Pa&Ma




Pa&Ma!!
New favorite magazine.

Dah beralih dari Intrend ke Pa&Ma. Kalau dulu suka Intrend tapi bila dah ada anak ni, tiba-tiba rasa Intrend bukan keutamaan dah. Lebih baik baca Pa&Ma untuk tambahkan ilmu keibubapaan. Yelah, sebagai ibu baru, banyak yang kita tak tahu, so kalau nak lebih tahu kena la banyakkan membaca. Tak semestinya nak kena beli buku parenting yang mahal-mahal, nanti tak terbaca pulak. Actually, dalam majalah macam ni pun boleh dapat banyak pengetahuan.

Saya seronok tengok Inas Dahlia membesar dan lagi seronok bila tahu aktiviti apa yang sesuai untuk merangsang minda Inas selari dengan umur die. 


Monday, 22 April 2013

Challenges


Challenges is the Guru of patience .

When you have a child especially small child, it means you'll have lesser sleep and little time to rest. I always pray that God give me and my husband a good health so that i can handle Inas and attend to her as much as i can. Its the nature, even if you are sick and have no time to rest and less sleep but unconditional love encompasses everything. 



Love.


Sunday, 21 April 2013

MAM in Avent



Ni cerita botol susu Inas. Hehe.


Pakai botol Avent tapi putingnya jenis MAM. Tak tahulah kenapa Inas tak suka puting Avent..maybe keras kot pada die. Masa mula-mula masuk risau sangat sebab Inas buat perangai taknak minum susu botol. Susahnya hati..

Dari situ bermula la sesi trial and error botol susu. Actually dari masa baru lahir selain breastfeeding, bagi jugak susu botol..dan saya guna Tommie Tippee. Inas okey dengan botol ni sampai dekat-dekat nak masuk keje Inas buat perangai taknak botol. Alahai...kenapa pulak Inas ni. Bila dah dia taknak, try beli botol Avent. Still..! Taknak jugak..Inas Dahlia..mahal mommy beli tau. Masa ni memang dah susah hati..first sebab Inas taknak botol, second sebab takut rugi duit beli botol Avent yang mahal tu. Gulpp..

Hari first masuk keje, tinggalkan Inas dengan MIL. Bila tanya MIL cakap Inas taknak botol..so MIL terpaksa bagi pakai sudu..sebab kesian Inas lapar. Aduuh Inas Dahlia..lagilah mommy susah hati. Last-last ada kawan ofis cakap dia guna jenis MAM sebab dulu anak dia pun sama taknak botol. So, mommy bertahan..tunggu sampai habis keje terus pegi Fabulous Mom dekat Puchong. Lepas consult dengan orang dekat Fabulous Mom tu..beli dua jenis puting NUK dengan MAM sebab orang tu kata it fit with Avent bottle. Balik terus tukar and Alhamdulillah Inas okey, sampai sekarang guna puting MAM :) Puting NUK tak guna pun sebab Inas tak suka dan Mommy pun tak suka sebab dia ada bau getah yang kuat.

At the same time ada jugak beli bottle MAM yang Anti-Colic. Bought this at RM 30++


Walaupun Inas suka puting MAM tapi saya lagi prefer guna bottle Avent. Kenapa?? Sebabnya walaupun botol MAM ni pun ada Anti-colic tapi bahagian anti-colic die dekat bawah botol. Bila masa nak bancuh susu..masa goncang botol tu, kalau salah sikit je mesti bocor susu. Rasa macam dah tutup rapat dah.  Ermm..so, i guess maybe because of the anti-colic. Agak leceh la..sebab kadang-kadang kita nak cepat bancuh susu, tapi bocor pulak. Walaupun tak selalu..tapi selalunya time nak cepat tu la nak bocor pun..hmm...

bahagian anti-colic

so..just attach it to the bottle.


So..disebabkan anti-colic MAM yang leceh tu, i decided untuk guna bottle Avent je sebab lagi prefer anti-colic Avent. Tu la yang jadinye..MAM in Avent..huhu. And looks like i have to double spending for feeding bottle. Gulpp...

Tapi takpelah..anything for Inas. Mommy ada Inas je pun..at this moment la kan. For future, kena pikir semula. Hehe.


Inas Dahlia..feelingnye tido sampai net buai atas muka pun tak sedar. Macam mana boleh tutup muka pun tak tahu la.. Look mommies, always supervise your love ones okay :)

Have a nice day..!

Saturday, 20 April 2013

Lets Bumbo!!

Yay..!! Bought Bumbo seat for Inas. Dah lama teringin nak beli tapi sebab Inas kecik lagi hari tu..so,postpone dulu. Dua hari lepas tetiba teringat dan check dekat Fabulous Mom..ada sale untuk Bumbo seat. Just the right time..hehe. 


I bought Lilac Bumbo seat since Lime all soldout already. Nevermind la..Lilac is just nice for my baby girl. Bought this at RM 199.00,it comes with a tray. Normal price is RM 245.00 if i not mistaken. However, there's another one which without tray sell at RM 179.00. 



Inas in her Bumbo seat.Huhu.. 

Saya rasa Bumbo seat ni menyenangkan saya dan husband. Yelah..Inas pun makin besar..dah tak berapa nak baring sangat, nak duduk atau berdiri. Kalau saya sibuk memasak atau mengemas rumah..ayah Inas yang mitahli tu la yang kena melayan karenah anak die yang sorang ni..hehe.  So, bila dah ada Bumbo ni boleh la letak Inas dalam tu. But for sure with supervision yea mommies. 

Sabtu

Sabtu, 

- Bangun pagi, Ayah mandikan Inas..mommy siapkan Inas.
- Susukan Inas..bagi Inas tido.
- Ayah keluar beli breakfast, mommy kemas dapur.
- Sapu sampah luar rumah..ayah tolong basuh baju..(mithali sangat)
- Kemas rumah..breakfast dengan Ayah. Inas dah bangun pulak.  
  Letak Inas kat bawah..main sorang-sorang. Mommy nak breakfast 
  dengan Ayah..hehe.
- Tukar cadar katil..jemur bantal (kampung sangat kan..hehe), 
  kemas bilik.
- Simpan baju-baju yang dilipat semalam. Buka laci, tutup laci. 
- Rehat sekejap..nanti nak mop lantai  dan cuci bilik air. 
- Masak lunch.
- Petang nak buat puding karamel..huhu.
- Pegi Giant beli barang dapur yang dah habis. Tak menyempat nak 
  tunggu gaji..hehe.

This our Sabtu. Walaupun sabtu adalah hari yang memenatkan dengan kerja rumah tapi beruntung sebab husband rajin tolong. Hehe.. Tapi kalau anak dah 2,3 macam mana la kan..tunggang-langgang. Tapi tak kisah la letih sebab anak depan mata..hilang letih. Mom is always a mom :) 


Enjoy your weekend..!!

Friday, 19 April 2013

Bye Heels, Hello Flats

Bila dah jadi mom..semuanya kena buat dengan cepat dan pantas. Yelah..ada anak kecil, it is not easy to handle. So, i decided to say bye-bye to high heels..and well, hello flats. Lebih senang bergerak..dan boleh jalan laju-laju. Huhu.. Dan lebih selamat bila kena dukung anak..takdelah risau nak terpelecok. Safety first everyone :)



Been wearing this flats quite sometimes. Lama dah ni..dah buruk pun tapi sayangnya nak buang. It's my favorite. But definitely i'm gonna get myself more flats. Boleh tukar-tukar..takdelah belasah flats ni je hari-hari..hehe.. Pegi ofis flats ni..pegi mall pun flats ni la jugak. Hehe..

Nowadays, i do wear flat shoes almost everyday. Pakai seluar ke baju kurung ke..kasut mesti flats. Masa mula-mula habis pantang, beriya-iya bersemangat..i gonna get on my heels again!  But then..now i think flat shoes is a better choice for me as a mom.