Agak lama jugak dah berenti ambil collagen. Hari tu busy dan tak sempat nak belek muka ni. Hanya buat basic routine je..membersih, toner (kadang-kadang toner pun tak pakai dan ganti dengan Avene Thermal Spring Water, spray je) and lastly moisturizers. That's it.
Tapi bila dah lama skip collagen ni, boleh nampak beza. Kulit macam kurang glowing...pastu nampak macam gelap. Aiyooo...
But, for the time being..i have to really stop taking collagen. Nak tak nak tak boleh ambil untuk beberapa bulan ni. Kena bersabar sekejap..pasni boleh la melawa balik.
Kesimpulannya, mengambil collagen ni memang bagus untuk kulit. So, kalau nak kulit cantik, ambil la collagen secara konsisten okay. There are a lot of collagen products out there, so please choose the best collagen.
P/s: Will use Avene White Sensitive to replace my collagen.