Monday 27 August 2012

TERINGAT

Baru sampai dari KL..puas dapat beraya dengan husband. Walaupun ini adalah tahun pertama beraya dengan husband dan kena ikut husband beraya dikampung di Ipoh..tapi keseronokan beraya tu tetap ada..huhu.. Dan kali ni dapat spend time lama sikit dengan husband..selalunya dapat 2,3 hari je..tapi raya seminggu dengan husband..:)
Long distance marriage ada baik dan buruknya...tapi bila dah berkahwin mesti la nak duduk sama-sama,kan?

Masa on the way balik tadi..bas berenti untuk rehat di hentian Simpang Pulai. Mulanya macam tak nak turun..tapi sebab rasa nak mengunyah, so turun la jugak..terus masuk kedai Mesra Petronas. Masa nak bayar tu terpandang sorang lelaki tu.. Dalam hati terus cakap..die ni keje sini lagi ke..?

Terus teringat kisah lama.. 

Masa tu saya still lagi belajar kat Matrik UIA. Bila cuti naik bas balik SP. Dulu bas selalu berenti kat hentian Simpang Pulai ni la. Nak dijadikan cerita, ada satu masa tu..bas berenti untuk rehat dan isi minyak. Rasanya time tu saya tak turun..malas. Kebetulan seat saya yang tepi tingkap..sambil-sambil pandang ke luar..ada 2,3 orang pekerja stesen minyak yang senyum-senyum kat saya. Saya pun buat tak tahu je la.. Tapi tak lama..ada lagi yang datang betul-betul kt tingkap seat saya. Sambil dorang mengusik sambil mintak nombor phone. Saya macam dah malu je sebab dorang macam bising je mintak nombor phone. Salah sorangnye adalah lelaki yang saya kata tak sangka die still keje kat Petronas ni. Pakcik driver macam dah malas nak layan..gelak-gelak je die. Saya yang kat atas bas ni macam dah tersipu-sipu..malu la kan.. Sampai kan orang dalam bas sebelah yang tengah isi minyak jugak..buat isyarat tangan, supaya saya tak bagi nombor phone saya. Lagi la saya malu sebab orang bas sebelah pun perasan dorang tengah mintak nombor phone saya. Kelakar sangat bila diingatkan balik..hehe.. 

Tapi saya kuatkan iman jugak..end saya tak bagi pun phone number saya..huhu.. So sorry guys...!! 

Tapi saya terkejut sangat tengok that guy still keja kat Petronas tu. It has been such a long time..dari zaman saya budak-budak hingusan baru habis sekolah sampai la saya dh habis belajar, dah kawin dan dah nak ada anak pun. And he is still working there and i wonder how old he is.. 

Maybe sesetengah orang rezekinya setakat di situ saja kot kan..tapi tak salah kalau kita mencuba dan berusaha untuk mendapat lebih. Sebabnya bumi Allah swt ni kan luas...bermacam-macam benda kita boleh usahakan diatasnya. Kalau kita tak buat apa-apa, lagilah seumur hidup rasa macam..we are wasting our time..our age.. Masa berlalu begitu sahaja sedangkan mesti ada sesuatu yang boleh kita lakukan. Kalau kita tak mahu berusaha..sape la yang nak buat untuk kita, kan..?

Tapi, saya tidak memandang rendah kepada sesiapa..cuma tertanya-tanya. Mungkin nasib setiap orang berbeza... Bagi kita yang masih ada masa dan peluang, eloklah sediakan payung sebelum hujan. Kalau hari ini cerah..esok mungkin mendung..itu kuasa Allah swt.


No comments:

Post a Comment