Monday 13 August 2012

Pandanglah ke atas

Baru-baru ni saya ada terbaca kat majalah Mastika, satu cerita yang penuh pengajaran.  Ceritanya mengenai seorang pekerja binaan yang tiba-tiba terjumpa duit syiling yang jatuh dari langit..lalu dia menoleh ke kiri dan kanan, tiada sesiapa. Lalu pekerja tersebut mengutip duit syiling tersebut. Tak lama kemudian, jatuh lagi beberapa keping duit syiling..dan pekerja itu terus mengutip dengan mengganggap itu adalah rezekinya. 

Namun, tanpa dia sedari rupa-rupanya duit syiling  itu dilemparkan oleh ketuanya yang berada ditingkat 8 diatas bangunan yang sedang dalam pembinaan itu. Ketuanya melemparkan syiling-syiling itu dengan harapan pekerja itu akan mendongak ke atas kerana beliau mempunyai beberapa perkara yang ingin diberitahu. Setelah beberapa kali memanggil tetapi pekerjanya tidak mendengar akan suara beliau, beliau mengambil keputusan untuk melemparkan duit syiling.     

Setelah beberapa kali mengutip duit syiling, pekerja tadi yang sedang meneruskan kerjanya berasa sakit pada bahagian belakangnya. Ada beberapa ketul batu mengenai badannya. Beliau mendongak ke atas dan terpandang akan ketuanya sedang melemparkan batu-batu kecil kepadanya.

Moral dari cerita ini, apabila rezeki turun kepada kita..jarang sekali kita nak mendongak ke atas, berterima kasih dan bersyukur dengan rezeki itu. Namun apabila kita menerima musibah barulah kita nak mendongak ke atas. Oleh itu, sentiasalah berterima kasih dengan rezeki yang kita dapat. Ini kerana rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk dan kita wajib bersyukur. 

p/s: Mendongak ke atas sambil menadah tangan bersyukur :)    

No comments:

Post a Comment