Wednesday 22 May 2013

Tips Menabung.




Tips menabung ni idea dari husband. Sebab husband memang suka menabung. Hehe. Tips dia adalah menabung RM 5. Kalau dapat je not hijau RM 5 memang teruskan asingkan, balik rumah masuk tabung. And the best part is memang banyak giler dapat simpan dalam masa yang singkat, berbanding menabung sehari RM 1 or sehari RM 5 ringgit. 

Cuba bayang kalau sehari awak dapat 4 keping not RM 5, dah RM 20 awak menabung hari tu. Kalau seminggu dah berapa kan.. Kalau tak percaya cuba try. Hehe. Me and husband sekarang ni memang excited bila dapat duit 5 ringgit. 

Husband memang suka menabung, and he is very strict. Kalau la kata nak beli barang takde duit kecik, nak guna duit 5 ringgit tu..jangan harapla. Dia mesti akan suruh tukar duit besar jugak. Kalau takde husband mesti saya dah terguna duit 5 ringgit tu. Moral of the story, nak menabung kena ada displin. Kalau tak hancur. Hehe. 

Husband memang suka menabung. Agaknya mewarisi hobi bapa mertua yang suka menabung jugak. Duit syiling bapa mertua saya berkotak-kotak. Dia simpan elok-elok dalam kotak kayu jati. Dan dia pernah datang rumah parents saya dan berminat dengan kerusi kayu jati kat rumah parents saya yang tempat duduk dia tu boleh buka untuk simpan barang. And he said that boleh buat simpan duit dalam tempat barang tu. Fuhh...kalau simpan duit syiling dalam tu, memang beribu-ribu la kot. Hehe.  Can u imagine?? 

Kerusi kayu kat rumah parents saya lebih kurang macam ni la..tempat duduk tu kita boleh buka untuk simpan barang. 

So, jom menabung. Kalau bukan untuk kegunaan kita sendiri, boleh simpan untuk anak. :)




No comments:

Post a Comment