Thursday 2 January 2014

Pneumococcal.

Assalamualaikum...

Hai...


Lately saya tengok ramai yang post pasal Pneumococcal kat Fb. Tak kurang jugak ramai yang tak tahu pasal vaksin Pneumococcal ni. Saya pun tahu pasal Pneumococcal ni pun dari ofismate yang ambil suntikan ni untuk anak dia. So, memang dari awal lagi saya dah aware pasal vaksin ni dan decide nak bagi suntikan ni untuk Inas Dahlia. So far, Inas dah ambil 3 suntikan, tinggal lagi satu suntikan. Sebab overall ada 4 dos semuanya.

Bila baca blog ibu kepada Aqil yang meninggal disebabkan virus Pneumococcal tu, sedih sangat. Memang kita tak tahu bila penyakit nak datang. But if there's a prevention, why not? Memang hospital kerajaan tak bagi suntikan tambahan ni, kena ambil di klinik atau hospital swasta. Biar la keluar duit sikit, untuk anak..apa la yang nak berkira sangat. Macam saya, sekali cucuk RM 200, tak tahu la kalau ada yang lebih murah kat tempat lain. Tapi sebab klinik ni dekat je dengan rumah, so, kitaorang memang ambil suntikan tu kat situ je.

Bercakap pasal Pneumococcal ni, vaksin Pneumococcal ni diambil untuk melindungi kanak-kanak bawah umur 5 tahun dari virus Pneuococcal. Sebabnya virus Pneumococcal ni adalah virus yang memang common dikalangan kanak-kanak dibawah umur 5 tahun dan boleh membawa kepada kematian di US. Dan lagi teruk virus ni jugak boleh menyebabkan penyakit yang merbahaya seperti Meningitis dan juga jangkitan telinga dikalangan kanak-kanak dan juga bayi.

Bakteria yang menyebabkan Pneumococcal ni dipanggil Strepcoccus Pneumoniae yang biasanya terdapat di bahagian tekak (back of the throat) dan juga hidung (mucus liningof the nose). Bakteria Pneumococcal ni boleh tersebar atau menjadi jangkitan melalui batuk atau bersin. Penyakit seperti Meningitis atau Pneumonia boleh jadi lepas beberapa hari lepas jangkitan. So, maksudnya bakteria ni memang boleh merebak dengan cepat. Maybe itu lah yang terjadi kepada arwh baby Aqil. Wallahualam..

Prevent is better than cure, right? So, kalau dah ada cara untuk prevent, why not kan. Selain dari tu kita hanya boleh berdoa la untuk kesihatan anak kita, semoga diberikan kesihatan yang baik :)




Inas pun dah complete 4 dos vaksin Pneumococcal dia. Lega...hehe. Tapi tak tahu la bekas kena cucuk tu selalu merah macam nak lebam. Mungkin dos dia kuat kot. Tapi nangis kejap je..keluar dari bilik doktor, dah tak nangis dah..huhu. 
Heroin mummy :) 



Okey, kite dah habis cucuk :)

Huhu..

Bye.



2 comments:

  1. Assalamualaikum, saya nadirah zulkifli, pelajar farmasi Universiti Malaya sedang membuat kajian tentang vaksinasi untuk final year project.


    Di harap, puan sudi meluangkan masa untuk menjawab borang kaji selidik berikut. Terima kasih. Jazakillah khairan kathira.

    Link : https://docs.google.com/forms/d/1QCZs1l1lTeYRnxVPKKxvSLRHeNj8bV05ZstN32Oufdc/viewform (malay)
    OR
    https://docs.google.com/forms/d/1E4w654NQb9z49HqmVR8_O0YRdh6J3zVuax_HPnP0kZA/viewform (english)

    ReplyDelete
  2. man titanium bracelet
    Custom citizen super titanium armor designed and sold by Titi titanium mens rings on the world's hypoallergenic titanium earrings largest titanium welder online retailer. titanium plate All Titi merchandise ships within 3 business days. US $13.00.

    ReplyDelete