Thursday 6 March 2014

Anak memilih dan sukar makan.

Assalamualaikum..

Inas Dahlia ni kenapa tak makan?

Cepat makan.
(sambil cuba suap makanan)

Sikit je Inas. Sikit je....
(sambil cuba sedaya upaya suap makanan kat Inas yang menutup mulut rapat-rapat)

Last-last...
.
.
.
.
.
.

Tak makan sudah la.
Penat mummy masak.

Time ni memang marah campur geram.
Pernah untuk dinner je saya buatkan 3 jenis makanan untuk Inas. Tapi satu pun die tak nak makan. Ya Allah..! Betul-betul menguji kesabaran ni..sabor je la. 
Tarik nafas dalam-dalam.
Sabor.
Anak kecik memang akan datang time macam ni.
Lain budak lain pe'el nye.


mummy nak bunga..?
melting...:)




Anak sukar untuk makan, memang perkara biasa. Tapi ibu bapa yang nak membiasakan diri dengan keadaan camtu memang...mencabar kot. Yelah risau, malam-malam anak lapar, nanti kurus keding tak comel..badan anak tak cukup nutrien..macam-macam lagi la. 

Just for sharing..

Tapi sebenarnya, kekurangan berat tak bermaksud anak korang tu kurus. Sebab sesetengah budak memang secara semulajadinya bertubuh kecil. Dan kanak-kanak yang bertubuh besar, chubby rase nak cubit-cubit pipi die tu, tak semestinya cukup zat makanan. So, kuantiti makanan tak melambangkan tahap kesihatan anak tu. Haa..lega sikit rase ni. So, kalau nampak anak korang tu aktif dan bertenaga..tumbesaran die pun normal je, anak korang sihat je sebenarnya walaupun die makan sikit je. Tapi anak tak nak makan atau makan sikit dan nampak lesu, layu je..cepat-cepat gi doktor check okeh. 

Inas Dahlia, saya perasan die start memilih makan masa cukup umur die setahun. Kalau sebelum tu..makan tak pernah cukup..bertambah-tambah. Hehe. Siap menangis mintak nak lagi. So, sekarang ni apa yang saya cuba buat adalah..make some variety in her meals. Setiap hari makan bertukar menu. Nasi, pasta ( spagetti, macaroni), kueyteow, makanan bersup. Jenuh menggoogle resepi dan tanya kawan-kawan. 

Ini tips untuk menggalakan anak untuk makan:
  • Beri anak makan dalam keadaan tenang dan bukan marahkan anak setiap kali dia enggan makan. ( ni memang mencabar betul, tarik nafas dalam-dalam...)
  • Sediakan sendiri makanan dan bukan dibeli dikedai yang belum tentu berkhasiat ( ni saya setuju, kalau masak sendiri, kita boleh kawal garam dan tak perlu nak letak serbuk perasa)
  • Pastikan seisi keluarga makan bersama-sama. (kes saya lain, saya akan tunggu dan tengok Inas makan sampai habis, baru la saya dan husband akan makan)

Ni pulak antara sebab kenapa anak tu susah nak makan:
  • Bermasalah dengan gigi
  • Bosan dengan makanan
  • Terlalu banyak bermain
  • Tiada kawan untuk makan bersama-sama (patut la Inas kat taska makan banyak)
  • Ibu bapa paksa mereka menghabiskan makanan ( aku pun kdg2 camni gak, risau anak lapo malam-malam) 
Sekarang baru tahu..bila anak dah makin besar ni, macam-macam perangai. Nak bagi makan pun payah dan kena usaha lebih. Nak buat macam mana..anak...hehe. Tak sabar nak tunggu Inas banyak gigi, boleh die makan macam-macam lagi. 


~~~~~~~~~~

Actually Shaklee pun ada supplemen untuk meningkatkan selera makan anak, Mealshakes. Ianya boleh diberikan kepada kanak-kanak seawal umur 1 tahun. Banyak khasiat Mealshakes ni:

  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama sprt protein, fiber, mineral serta kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • Meningkatkan selera makan anak :)
  • menangani masalah sembelit pada kanak-kanak.
  • Meningkatkan imun badan anak.
  • Bagus untuk kanak-kanak yg mengalami obesiti.

Sila email saya jika berminat untuk cuba Mealshakes ni :)

Bye.

No comments:

Post a Comment